UMNO tidak perlu sibuk melayan drama politik Pakatan Harapan biarpun pembangkang ghairah menjenamakan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, ahli-ahli parti juga tidak perlu berada dalam keadaan panik kerana gendang yang dipalu oleh pakatan pembangkang sekadar tong kosong.
Katanya, melayan bunyi tong kosong dipalu pembangkang tidak memberi sebarang manfaat sebaliknya hanya akan menyakitkan telinga.
Dalam nada sinis, Syed Ali berkata tong kosong Pakatan Harapan akhirnya akan pecah berderai kerana ramai di kalangan mereka berebut jawatan bagi memenuhi agenda peribadi.
"Jadi, tidak perlu untuk kita berasa panik, tidak perlu berasa gundah kerana rakyat lebih arif untuk menilai yang mana kebenaran dan yang mana pendustaan.
"Walaupun Pakatan Harapan menonjolkan bekas pemimpin UMNO tetapi gabungan tersebut tetap didominasi oleh DAP.
"Pakatan Harapan hanya tong kosong, kuat berdentum manakala DAP jadi tuan besar," katanya dalam catatan terbaharu di laman umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: Saya nak tanya, siapa sebenarnya label Tun Dr Mahathir diktator? - Salleh Said Keruak
BACA: Jangan terlalu hentam Tun M - Tajuddin
Pakatan Harapan katanya tidak sepenuhnya mendapat perhatian rakyat kerana rakyat sudah meluat dengan kerenah politik mereka.
"Apapun jenama atau promosi Pakatan Harapan, DAP adalah segala-galanya.
"Pakatan itu akan berkubur sepertimana Pakatan Rakyat sebelum ini," ujarnya.
Beliau menegaskan, untuk menarik simpati dan meraih sokongan rakyat pakatan pembangkang hanya memainkan isu kitar semula seperti mereka menjenamakan semula bekas-bekas pemimpin UMNO.
"Pembangkang sudah kehabisan modal politik untuk dijaja, mahu tidak mahu mereka terpaksa kitar semula isu yang sudah basi dan tidak lagi relevan," jelasnya.
Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan menambah, untuk menjadikan isu kitar semula sebagai bahan terkini mereka sanggup melakukan fitnah dan pembohongan.
"Untuk itu, pembangkang menggunakan media sosial untuk menyuburkan budaya fitnah terutama membabitkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO.
"Bagaimanapun, rakyat sudah bosan dengan budaya politik fitnah dan memburuk-burukkan pemimpin.
"Malah pemimpin UMNO tidak ada masa untuk melayan kerenah pembangkang yang hanya hidup dengan cerita karut dan isu fitnah," tegasnya.
Katanya lagi, pemimpin UMNO mengutamakan kerja untuk rakyat serta meletakkan kepentingan negara di tempat paling utama.
"Bukannya seperti pembangkang yang berterusan bermain politik untuk agenda peribadi," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali berkata desas-desus kononnya Pas akan bekerjasama dengan UMNO menerusi Barisan Nasional (BN) berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebagai khabar angin.
"Ada pihak membuat spekulasi kononnya Pas dan UMNO akan menjalin kerjasama politik berdepan dengan Pakatan Harapan terutama di beberapa negeri di Pantai Timur.
"Itu pada saya sekadar spekulasi politik menjelang PRU-14, hanya khabar angin tetapi sesuatu yang kita rasa mustahil, mungkin boleh jadi akan berlaku," jelasnya.
Bagaimanapun jelas beliau, segala-galanya dalam pengetahuan pucuk pimpinan parti dan sewajarnya diberikan sokongan jika ianya membawa jalan kebaikan untuk orang Melayu.
Astro Awani
Thu Jan 18 2018
SYED ALI: Walaupun Pakatan Harapan menonjolkan bekas pemimpin UMNO tetapi gabungan tersebut didominasi DAP. - Gambar fail
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia
Allahyarham Zaidi Johari yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung sekitar pukul 8.15 pagi ini.
Peluru berpandu terkena sebuah tapak di Isafahan, Iran
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan
Satu letupan kedengaran di barat laut bandar Isfahan di Iran, lapor agensi berita FARS yang memetik sumber tempatan.
Raffi Ahmad mengaku pernah minum air basuhan kaki ibu
"Benar, saya minum (air basuh kaki). Minggu hadapan semua pekerjaan yang hilang saya dapat balik." - Raffi Ahmad
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.