Beberapa Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR), mahu pimpinan pusat parti memberi keutamaan pada pelaksanaan janji manifesto Pakatan Rakyat, terutamanya dalam soal kebajikan rakyat dan negeri.

Dalam satu sidang media hari ini, Pengerusi MPN Kedah, Datuk Johari Abdul berkata, suasana masa kini memperlihatkan kepimpinan pusat terlampau sibuk 'berpolitik' sehingga ‘menganaktirikan' pimpinan negeri.

Atas sebab itu, beliau bersama beberapa pengerusi MPN bermesyuarat di Ibu Pejabat PKR pada Jumaat dan bersetuju menubuhkan Majlis Pengerusi-pengerusi MPN bagi menjadi ‘force’ atau kuasa pendesak dalam memastikan agenda kebajikan negeri tercapai.

We gather today for our interest in states. Ini problem sebab parti tinggalkan kami. Yang berhadapan dengan rakyat ialah kami, how to face the rakyat, when it comes to delivery kami yang kena hadapi rakyat.

Ultimately the president has to help us. Kalau kami support, tapi kami dianaktirikan, tak fair. Sebab itu... kita dah nak masuk dua tahun, tetapi on the ground ada problem. So much to be done,” tegas Johari lagi.

Ditanya mengapa memorandum yang ditandatangani itu tidak menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kini dikaitkan dengan video intim, Johari berkata, sokongan yang dimaksudkan lebih ke arah parti dan strukturnya.

“Kita ialah pemimpin negeri yang perlu pastikan pembangunan berlaku, seperti yang kita janjikan pada rakyat. Tentu kita ada presiden dan strukturnya. Sebab itu saya tak boleh kata sokong seorang sahaja.

“Saya letakkan Presiden, namun semua orang tahu struktur kita seperti dalam perlembagaan,” jelas Johari.

Apa yang penting, kata Ahli Parlimen Sungai Petani itu ialah, agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat harus diberi keutamaan.

BACA: MPN PKR sokong penuh kepimpinan Anwar