Pas tidak boleh mengesahkan kerusi mana yang akan dimenangi semasa hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka kini hanya boleh menjangka akan memenangi lebih dari satu kerusi pada PRN kali ini.

"Kita tidak boleh mengesahkan termasuk BN pun tetapi kita boleh jangka sahaja, ramalan cuaca pun tidak tepat, tidak boleh jangka juga," katanya semasa sidang media di ibu pejabat Pas Sarawak di sini malam tadi.


Pada PRN kali ini, PAS akan bertanding di 11 kerusi iaitu di Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju.

Pada PRN Sarawak 2011, Pas tidak memenangi apa-apa daripada lima kerusi yang ditandinginya.

emasa sidang media di ibu pejabat Pas Sarawak di sini malam tadi.
Dalam pada itu kata Abdul Hadi, gerak kerja Pas di Sarawak menunjukkan kemajuan sejak hari pertama kempen sehingga kini.

"Kita berjumpa semua jentera dan menerima laporan daripada semua 11 DUN bertanding, kita mendapat tahu semuanya menunjukkan kemajuan dari sebelum ini," jelasnya.

Sebelum ini, Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili memberitahu, potensi semasa menyaksikan PAS negeri sedia melakukan kejutan dengan melahirkan ADUN sulung daripada PRN kali ini.