PUTRAJAYA: Jemaah Menteri yang menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan perlu mengelakkan pembaziran serta fokus dalam melaksanakan inisiatif yang boleh meringankan beban rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sidang media pengumuman kabinet beliau hari ini, Anwar berkata anggota kabinet perlu mengutamakan tata kelola yang baik semasa melaksanakan tugas masing-masing.

"Saya tetapkan Jemaah Menteri kerajaan perpaduan utamakan tata kelola dan good governance dan isu yang harus diambil untuk ringkankan beban rakyat.

Kabinet Kerajaan Perpaduan | Pengumuman Kabinet Kerajaan Baharu oleh Perdana Menteri

"Fokus utama tetap adalah pemacuan ekonomi," katanya ketika mengulas sama ada terdapat KPI (Indeks Prestasi Utama) tertentu diletakkan terhadap Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan.

Anwar berkata beliau juga akan mengadakan pertemuan khas dengan Jemaah Menteri bagi membincangkan peraturan dan hala tuju setiap kementerian.


[LAPOR LANGSUNG] [LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar

DAPATKAN LIPUTAN KERAJAAN PERPADUAN DI LAMAN MIKRO INI

BACA: Ahmad Zahid, Fadillah dilantik TPM. Ini senarai penuh Kabinet Perpaduan pimpinan PM Anwar


"Kaedah baharu (akan) diperkenalkan, dengan maksud memusatkan usaha dalam menjalankan kerja dan elakkan segala kecurigaan tentang kemungkinan pembaziran, rasuah dan salah guna kuasa," katanya

Sementara itu, Perdana Menteri memaklumkan senarai timbalan menteri akan diumumkan kemudian.

Anwar hari ini mengumumkan pelantikan dua timbalan perdana menteri serta 28 anggota Jemaah Menteri bagi kerajaan perpaduan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) masing-masing dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Anwar, 75, turut memegang portfolio Menteri Kewangan.

Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Nov lepas.

Kabinet Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim. - Infografik oleh Muhammad Syazwam