Ketua Menteri Lim Guan Eng menafikan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang akan membina sebuah kasino di negeri ini seperti yang didakwa oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu.
Beliau berkata dasar kerajaan negeri amat jelas iaitu tidak akan membenarkan sebarang kasino di Pulau Pinang kerana ia tidak bersesuaian untuk ekonomi dan masyarakat tempatan.
"Saya amat terkejut dengan kenyataan itu kerana ia memang satu fitnah. Saya telah nyatakan sebaik saya menjadi Ketua Menteri pada 2008, pendirian saya dan kerajaan negeri adalah kasino tidak akan dibenarkan dibina di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Akhbar berbahasa Cina bertarikh 22 Jun lepas melaporkan Teh, wakil rakyat DAP itu sebagai berkata beliau mendengar khabar angin bahawa sebuah kasino akan dibina di Bukit Bendera, dekat sini.
Sementara itu, mengenai pameran Seni Jalanan Transformers yang pertama di Asia, Lim berkata kerajaan negeri membelanjakan RM1.1 juta untuk program yang berlangsung dari 19 Julai hingga 17 September di Padang Kota Lama, di sini.
Beliau berkata bersempena dengan pameran itu, orang ramai turut diberi peluang untuk bertemu dan bergambar dengan karakter utama filem Transformers iaitu 'Optimus Prime' dan 'Bumblebee' pada 10 Julai.
"Saya rasa inilah sesuatu yang amat diperlukan untuk menghadapi dan menangani kegawatan ekonomi. Jadi, kami menjemput semua datang. Ini adalah hadiah daripada kerajaan negeri," katanya.
Bernama
Tue Jul 07 2015
Dasar kerajaan negeri amat jelas iaitu tidak akan membenarkan sebarang kasino di Pulau Pinang kerana ia tidak bersesuaian untuk ekonomi dan masyarakat tempatan. - Gambar Fail
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Empat ditahan bergaduh di kasino, saki-baki terlibat diburu polis
Pihak polis menerima maklumat pergaduhan melibatkan lebih kurang 10 lelaki warga tempatan berusia 23 hingga 50 tahun kira-kira 4 pagi.
Tiga sekawan sapu gam kuat di tapak tangan untuk curi cip kasino
Pihak penyiasat dalam kes itu memberitahu, muslihat berkenaan telah dirancang sejak trio itu berada di Guangzhou, China.
Terbongkar! Depannya bengkel, belakangnya pula 'kasino mini'
Berselindung di sebalik bengkel mengecat kenderaan namun sebaik memasuki di belakang terdapat 'kasino mini' yang menjalankan kegiatan perjudian.
Trump Plaza Atlantic City dirobohkan
Laporan media antarabangsa melaporkan rata-rata mereka yang hadir sangat teruja untuk menyaksikan momen bersejarah tersebut.
Bukit Aman sedia kesan wanita disyaki curi wang di kasino Korea Selatan
PDRM masih belum menerima permintaan rasmi daripada pihak berkuasa Korea Selatan bagi mengesan wanita yang bekerja sebagai eksekutif di kasino terbabit.
Macau kesan kes pertama koronavirus Wuhan
Menurut laporan Xinhua, pesakit berusia 52 tahun itu merupakan seorang usahawan wanita dari Wuhan.
Serangan bar di Mexico, 23 maut, 13 cedera
Sekurang-kurangnya 23 terbunuh dan 13 yang lain cedera dalam kebakaran ke atas sebuah bar yang dipercayai akibat serangan.
Tiada lagi kasino, mesin slot di Sabah - Ketua Menteri
Tidak akan ada lagi kasino mini dan mesin slot di Sabah, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Saham Genting turun selepas pengumuman Belanjawan 2019
Harga saham Genting Bhd susut 45 sen semasa awal dagangan hari ini kepada RM6.75, manakala saham Genting Malaysia Bhd (GENM) turun 99 sen kepada RM3.55, memandangkan sektor perjudian dilihat sebagai s
'Kenapa tak beri lesen kasino, alkohol kepada Bumiputera?' - Zaid Ibrahim
Kerajaan dicadang untuk memberi lesen pusat judi dan penjualan alkohol kepada Bumiputera supaya mereka dapat bersaing dengan kaum lain dari segi ekonomi.