PERWAKILAN Muktamar Parti Islam SeMalaysia (Pas) ke-65 yang berlangsung di Kuantan baru-baru ini menarik perhatian warga bukan Islam terutamanya kaum India.
Ucapan dasar Presiden Pas yang banyak menyentuh kerjasama politik dengan UMNO dan parti-parti politik lain yang bertunjangkan politik pendekatan damai serta piagam dan lima prinsip Pas yang diumumkan menarik perhatian kaum India.
Antara prinsip yang menarik perhatian pemikiran politik masyarakat India adalah prinsip keketiga, keempat dan kelima iaitu kerjasama mempertahankan perpaduan dalam masyarakat majmuk, kerjasama menjalin nilai, akhlak dan integriti yang tertinggi dan prinsip kerjasama yang saling hormat menghormati, saling membantu dan tidak memusuhi.
Malah Presiden Pas menegaskan, bahawa parti itu akan menjunjung konsep Negara Hidayah yang menganjurkan dasar tidak ada paksaan dalam konteks agama, adil dalam pentadbiran, mengizinkan amalan tuntutan agama masing-masing dan menjaga sensitiviti warga bukan Islam.
Presiden Pas juga mengutarakan konsep bahawa parti itu akan iktiar dan menyokong usaha-usaha mencari persefahaman dalam perkara mencari titik persamaan dan membincangkan sebarang pekara yang merupakan perbezaan.
Sekiranya kita meneliti ucapan Presiden Pas secara bijak, jelas ia menyerlah perubahan paradigma pemikiran politik baru dalam parti itu.
Kisah dahulu
Pas yang pada satu ketika dahulu kurang bersedia bekerjasama dengan UMNO, kononnya UMNO mendukung prinsip nasionalis, kini kelihatan bukan sahaja menjalin kerjasama malah menyokong perjuangan UMNO dalam menyatupadukan ummah dalam medan politik.
Malah Pas juga bersedia bekerjasama dengan MIC, parti yang mewakili sebahagian besar kaum India dan rakan setia Barisan Nasional (BN) sejak negara mencapai kemerdekaan.
Tidak dapat dinafikan bahawa pada masa lepas, masyarakat India secara amnya dan pengundi India secara khususnya fobia terhadap Pas kerana kononnya parti itu akan mengIslamkan semua warga bukan Islam di Malaysia.
Walaupun hukum Hudud tidak melibatkan warga bukan Islam, namun langkah wakil Pas yang membentangkan usul di Parlimen untuk melaksanakan undang-undang Hudud, didapati menghantui pemikiran warga bukan Islam.
Fobia tersebut telah menyebabkan pengundi India menjauhi diri daripada Pas. Tetapi, ucapan dasar presiden dalam muktamar tersebut didapati menghilangkan fobia masyarakat India terhadap Pas, malah mereka percaya dan yakin bahawa Pas akan membantu membela kepentingan warga bukan Islam.
Selain itu, isu mengeratkan hubungan harmoni antara kaum dan menerima berbezaan yang wujud antara kaum malah hidup bersama rakyat yang berbilang keturunan dan agama terbayang dalam keseluruhan ucapan dasar Presiden Pas itu.
Pendekatan Pas ini jelas menunjukkan parti itu membuka lembaran baharu dalam medan politik bukan sahaja mengukuhkan ukhwah UMNO-Pas, dua parti politik terbesar yang mewakili kaum Melayu Islam malah menjalin hubungan baik dengan MIC, sebuah parti yang mewakili majoriti kaum India dalam negara yang terdiri daripada warga bukan Islam.
Lebih inklusif
Ringkasnya, dasar Pas kini dilihat lebih inklusif iaitu mengkukuhkan perpaduan di kalangan ummah, hidup bersama pelbagai kaum malah mempertahankan kewujudan masyarakat majmuk.
Dasar dan politik pendekatan damai parti Pas dijangka menimbulkan perubahan besar dalam percaturan politik negara dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.
Satitistik taburan pengundi di seluruh Malaysia menunjukkan bahawa hampir 35 Parlimen terdiri daripada kawasan yang terletaknya 25 peratus pengundi India daripada jumlah keseluruhan pengundi dalam kawasan tersebut.
Manakala, lebih daripada 60 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula dikesan mempunyai lima sehingga 20 peratus pengundi India daripada jumlah pengundi di kawasan masing-masing.
Kedudukan komposisi ini dikesan memudahkan semua kawasan tersebut itu dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 apabila hampir 80 peratus pengundi India dan sebilangan kecil pengundi Melayu mengalih sokongan mereka kepada PH.
Malah hampir 30 kawasan yang ditandingi oleh calon UMNO didapati kalah dengan majoriti kecil kerana calon UMNO ditentang oleh calon Pas.
Dengan penjalinan kerjasama politik antara Pas-UMNO-MIC, pertembungan antara ketiga-tiga parti tersebut dalam pilihanraya dapat dielakkan.
Mengelak pertembungan antara ketiga-tiga parti itu akan menyebabkan gabungan politik ini merampas semula lebih daripada 30 kawasan Parlimen dan 60 kawasan DUN pada pilihanraya akan datang.
Semangat MIC
Dalam pada itu, dengan pelantikan Tan Sri S.A.Vigneswaran sebagai Presiden MIC yang ke-10 akan menyuntik semangat baru kepada pimpinan dan ahli MIC malah mengukuhkan kekuatan parti agar menghadapi cabaran masa depan termasuk menghadapi PRU15.
Perlu diingat bahawa MIC pernah menjadi asas kekuatan kepada kemenangan Parti Perikatan dan BN.
Persoalannya kini, apakah masyarakat India secara amnya dan pemimpin-pemimpin MIC di akar umbi secara khususnya sedar, memahami atau menerima hakikat bahawa perubahan sedang berlaku dalam medan politik Malaysia termasuk berlakunya paradigma baru dalam pemikiran politik Pas?
Apapun, memandangkan pemimpin-pemimpin Pas, UMNO dan MIC kini sudah sedia menjalin dan mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara mereka untuk mencapai matlamat politik bersama, maka PH dijangka menghadapi kesukaran untuk mengekalkan kemenangan yang diperolehi pada PRU-15 nanti.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Mon Jun 24 2019
M. PERIASAMY: Perlu diingat bahawa MIC pernah menjadi asas kekuatan kepada kemenangan Parti Perikatan dan BN.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).