Kepimpinan UMNO di Terengganu perlu menyelesaikan segera kemelut politik di negeri itu untuk mengelak ia daripada membebankan rakyat, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Hishammuddin yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata kemelut itu perlu diselesaikan bermula dari peringkat perhubungan negeri, bahagian dan cawangan.
"Ini bukan kali pertama, tetapi ia boleh ditangani jika ada iltizam politik dan keseriusan dalam kalangan ahli (dan pemimpin)," katanya dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh 2016 di sini hari ini.
Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Sejak awal minggu lalu Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal saling mengkritik sesama sendiri hingga timbul spekulasi akan berlaku pilihan raya negeri.
Pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, UMNO Terengganu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti tipis dua kerusi. UMNO menang 17 kerusi DUN, PAS (14) dan PKR (satu).
Sementara itu di DUNGUN, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berpendapat Ahmad Razif dan Ahmad seeloknya bersemuka bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.
Beliau berkata pertemuan melibatkan 'tuan punya badan' lebih baik daripada diwakili pihak lain kerana sebarang keputusan haruslah daripada mereka sendiri kerana mungkin wakil mempunyai agenda tersendiri.
"Pergerakan Pemuda harap akan ada penyelesaian terhadap kemelut yang sedang melanda UMNO atau negeri Terengganu. Sudah pasti kami harap bahawa semua pihak akan memberi kerjasama kepada Ahmad Razif untuk terus menerajui kerajaan negeri.
"Kita mahu mengelak sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan atau satu kemungkinan di mana terpaksa diadakan pilihan raya negeri," katanya.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Dungun dan ketiga-tiga sayap bahagian itu hari ini.
Beliau turut menyatakan Pemuda UMNO akan terus menyokong Ahmad Razif kerana beliau adalah pemimpin yang sah dan dipilih oleh presiden parti serta mendapat perkenan Sultan Terengganu.
Bernama
Sat Aug 06 2016
HISHAMMUDDIN: Ini bukan kali pertama, tetapi ia boleh ditangani jika ada iltizam politik dan keseriusan dalam kalangan ahli (dan pemimpin). -Gambar fail
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
PRU15: "Fitnah, kenyataan tular itu palsu" - Hishammuddin nafi berkempen dalam kem tentera
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan beliau berkempen di kem tentera seperti dakwaan yang tular di laman sosial.
Malaysia, Thailand setuju wujudkan MoU pertahanan
Memorandum Persefahaman (MoU) Pertahanan melibatkan Malaysia dan Thailand telah ditandatangani pada Isnin sebagai kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
Isu LCS: 'Hishammuddin perlu jelaskan kemampuan kewangan Boustead Naval Shipyard' - Chin Tong
Chin Tong mendakwa, BNS pernah cuba meminta komitmen Kerajaan bernilai RM53 bilion untuk kerja MRO bagi tempoh 30 tahun akan datang.
Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin
Kabinet telah memberi tempoh enam bulan untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek tersebut.
BN menang besar turut disumbang undi ATM - Penganalisis politik
Kemenangan undi BN telah dijangkakan berdasarkan corak pengundian yang berlaku dalam Pilihanraya Negeri Melaka yang lepas.
PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin
Soal kestabilan dan perancangan masa depan merupakan perkara utama yang ditekankan oleh BN.
Menteri Kuartet perhalusi SOP kemasukan lebih ramai pekerja asing, termasuk pembantu rumah - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, pengusaha mengalami kesukaran untuk merancakkan semula perniagaan, kerana kekurangan pekerja susulan SOP yang ketat.
Peralihan fasa PPN di Johor, Pahang mulai 8 Oktober
Dua lagi negeri bakal beralih ke Fasa Pelan Pemulihan Negara seterusnya selepas setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara.
AUKUS: PH persoal tujuan Hishammuddin mahu dapatkan pandangan China
PH berkata persepsi yang ditimbulkan seolah-olah Malaysia menerima arahan daripada China.
Prospek gelembung pelancongan, SOP sektor sukan dalam Mesyuarat Kuartet esok - Hishammuddin
Mesyuarat itu juga akan beri tumpuan kepada usaha mempermudahkan daripada 181 kepada 10 prosedur operasi standard (SOP)