Taska dan tadika akan ditempatkan di setiap kediaman strata kos rendah dan sederhana rendah di Selangor jika Barisan Nasional (BN) berjaya mentadbir semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata ia bertujuan memberi kemudahan kepada generasi muda yang baru berkahwin dan mempunyai anak yang masih kecil untuk menghantar anak mereka ke taska dan tadika di kawasan kediaman masing-masing.
"Kita akan selaraskan konsep seperti taska dan tadika oleh Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat) yang disediakan di blok perumahan dan kosnya agak murah kerana ditanggung kerajaan," katanya selepas melancarkan Program Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di sini, pada Ahad.
Terdahulu, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kementeriannya meluluskan peruntukan kira-kira RM6 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara kemudahan perumahan di Mentari Court di sini yang didiami kira-kira 15,000 penduduk.
Turut diluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi memasang alat perangkap nyamuk yang menggunakan tenaga solar iaitu 'Integrated Mosquito Management' bagi menangani kes denggi di kawasan Lembah Klang terutamanya di Selangor yang dikatakan merekodkan kes tertinggi.
Noh mendakwa kerajaan negeri Selangor dilihat masih gagal menangani kes denggi dan sehubungan itu Kerajaan Persekutuan bersedia membantu.
"Pada dasarnya kerajaan telah bersetuju meluluskan RM10 juta tetapi pada peringkat pertama diberikan RM1 juta dahulu. Apabila melibatkan kesihatan, kita (kerajaan persekutuan) bantu tidak pilih parti," katanya. -- Bernama
Bernama
Sun Jan 14 2018
Noh meninjau permasalahan penduduk di Flat PPR Lembah Subang 2 pada lawatan kerja di Subang pada 10 Okt 2016. - BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Laporan interim disiapkan secepat mungkin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, Laporan interim berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ketika menjalani Latihan Raptai sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 akan disediakan secepat mungkin.
KPM serah siasatan guru dipukul rakan sekerja kepada polis
Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau
Kerajaan Sabah juga telah menerima lima peratus royalti ke atas hasil jualan emas mentah berjumlah RM23.96 juta daripada lombong emas itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).