Selepas lima tahun, debaran kian terasa selain tarikh 9 Mei bakal jadi penentu.

Siapa yang bakal bergelar pejuang di kerusi yang diwakili masing masing?

Untuk itu, ambil masa dan peluang anda sebagai rakyat serta pengundi. Kenali, fahami dan dalami lebih dekat selain rapat siapa di sebalik dua kerusi 'PANAS' di Sarawak sempena PRU-14?

Datuk Anthony sekali lagi tercalon untuk kerusi panas Mas Gading.

Pertama kali dipilih sebagai wakil rakyat pada PRU-13 pada 2013.

Datuk Anthony Nogeh Ngumbek sekali lagi tercalon untuk kerusi panas Mas Gading.

Merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

KOMITMEN BESAR NOGEH

Projek pembangunan yang diwujudkan :
- infrastruktur jalan raya
- projek paip air graviti
- projek komunti melibatkan gereja-gereja
- terbaharu, projek pertanian termasuk penanaman
- nanas MD2 dan pengeluaran durian Musang King

PRU-14 : NOGEH - MORDI

Bertemu empat mata dengan saingan rapat beliau dari DAP, Mordi Bimol pada penggal lepas.

Sejauh mana panas kerusi P.192?

Adakah konsep turun padang dan sentiasa ambil tahu mengenai masyarakat menjadikan Mordi, pilihan penduduk di situ?

Datuk Seri Fadillah Yusof nampak gayanya terus menjadi calon kesayangan mewakili BN pada PRU14.

Mendapat mandat tiga penggal untuk mempertahankan kerusi P.194, Datuk Seri Fadillah Yusof nampak gayanya terus jadi 'favourite' mewakili BN - PBB pada PRU-14.

Namun, berlaku pertembungan tiga penjuru antara calon PAS, BN dan PH.


KOMITMEN BESAR FADILLAH

Meneruskan kesinambungan pembangunan fizikal khususnya infra rakyat dan sosial termasuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik.

Selain itu, memperluaskan peluang pernigaan, pekerjaan, merancakkan pembangunan modal insan, pendidikan, latihan kemahiran dan sahsiah.


PAS: CALON MUKA BAHARU DAN TERMUDA

Tentangan hebat bakal tercetus. Perbezaan umur begitu ketara melibatkan tiga calon ini.

Calon termuda daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak baharu berusia 31 tahun.

Hamdan Sani, anak jati Kampung Samariang Jaya, Petra Jaya. Beliau merupakan Pengarah Institut Perguruan PASTI Negeri Sarawak.

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Hamdan Sani, (tiga kanan) merupakan calon termuda daripada Pas untuk kerusi Parlimen Petra Jaya.

PKR PERTARUH MUKA BAHARU

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan calon muka baharu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Ir Irwan Ahmat Nor, 41 tahun.

Memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan awam, Datuk Dr Ir Irwan berasal dari Kampung Laruh Skim, Petra Jaya.

Bersandarkan keyakinan, "Mata Biru Yakin Peluang Petra Jaya 50-50", adakah beliau mampu menarik perhatian pengundi kelak?

Atau mungkin beliau mampu bersaing dengan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)?

ISU YANG DIBANGKITKAN

Kita lihat antara keputusan dan peningkatan undi di P.194 pada 2008.