Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee mengumumkan keluar daripada UMNO pada Isnin.
Bekas Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan itu berkata, keputusan itu dibuat atas sebab tertentu iaitu demi menjaga kelangsungan dan survival orang Melayu di Wilayah Persekutuan.
"Secara rasminya saya nak beritahu bahawasanya saya ambil keputusan yang berat untuk saya umumkan di sini, saya keluar daripada UMNO.
"Hari ini (semalam) saya umumkan kepada ahli dengan rasa sedih dan berat hati keputusan ini. Saya tak akan maki UMNO. Saya buat ini untuk kepentingan orang Melayu di Wilayah Persekutuan," katanya di Dewan Pusat Rekreasi, Cheras, pada Isnin.
BACA: Syed Ali pula tinggalkan UMNO
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata, beliau mengambil masa selama tiga bulan bagi membuat keputusan berat itu.
"Keputusan yang saya buat ini mengambil masa. Saya solat istikharah dan saya jumpa beberapa orang alim yang tiada kepentingan dalam politik, untuk berbincang. Dan saya fikirkan bagaimana nak bantu warga Wilayah dalam pelbagai aspek, dan isu untuk diketengahkan.
"Maka saya memikirkan dan mengambil keputusan yang berat bagi diri saya. Seperti yang anda tahu saya menjadi ahli UMNO sejak berumur 17 tahun, saya juga menjadi Ketua Bahagian UMNO Cheras selama 22 tahun, dan saya nak beritahu bahawa saya seorang pejuang parti.
"Cuma saya kena ambil pendekatan untuk menolong orang Melayu di Wilayah Persekutuan. Ini sebabnya," katanya dalam sesi pertemuan bersama ahli UMNO Cheras di sini.
Jelasnya keputusan itu dibuat juga bukan tujuan untuk meraih kepentingan politik peribadi namun disebabkan untuk membantu masyarakat di Wilayah.
"Saya tahu apa sahaja keputusan yang akan saya buat, mulut manusia tidak dapat ditutup untuk berkata-kata. Belum umum pun, dah banyak saya lihat yang mengata.
"Yang penting bagi saya, niat saya, dan saya nak maklumkan saya keluar UMNO bukan nak kejar jawatan, tapi saya ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan," katanya.
Sementara itu, Syed Ali menegaskan bahawa keputusan yang diambil beliau itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan beliau sendiri juga tidak akan mempengaruhi mana-mana ahli UMNO untuk turut bersamanya keluar daripada UMNO.
"Saya berjanji tidak akan mengkhianati perjuangan orang Melayu dan Islam di Wilayah Persekutuan.
"Keputusan ini bersifat peribadi, saya sendiri yang buat. Saya percaya apa yang saya buat bersebab dan saya akan tanggung risikonya. Saya tidak akan pengaruhi sesiapa," katanya.
Susulan itu, katanya, beliau akan menghantar surat rasmi untuk memaklumkan perkara berkenaan kepada parti.
"Saya akan tulis secara rasmi dan akan maklumkan penghijrahan saya, dan saya tidak akan rosakkan UMNO," katanya.
Dalam pada itu, Syed Ali masih berahsia mengenai parti mana yang bakal beliau pilih setelah keluar daripada UMNO.
"Itu kena tunggu dahulu, saya akan umumkan kemudian.
"Dan saya akan teruskan perjuangan dengan sebuah parti yang saya rasa saya dapat sumbangan untuk orang Melayu," katanya.
Dalam pada itu, Syed Ali menegaskan susulan tindakannya ini, beliau sama sekali tidak akan 'melarikan diri'.
"Saya masih berada di Kuala Lumpur, pejabat saya pun masih terbuka," katanya.
Sementara itu, besar harapannya agar masyarakat menghormati tindakan beliau berkenaan.
"Saya akan hadapi segala tohmahan, kerana keputusan ini bukan peribadi tapi demi masa depan orang Melayu kita.
"Memang berat... saya rasa saya perlu buat keputusan ini. Saya tidak akan menghasut untuk orang lain sertai saya juga," katanya.
Tindakan Syed Ali ini menyusuli enam ahli Parlimen UMNO yang turut keluar parti selepas PRU14 lalu.
Selain itu, minggu lepas ahli Parlimen Jeli Datuk Mustapa Mohamed dan bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman turut meninggalkan UMNO.
Sinar Harian
Tue Sep 25 2018
Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee. Foto Sinar Harian / Sharifudin Abdul Rahim
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Calon SPM antara 2 lagi ditahan terlibat samun bersenjata warga asing
Dua lagi pelajar sekolah menengah ditahan pada Sabtu, selepas disyaki terlibat dengan kes samun berkumpulan menggunakan senjata di Cheras.
Tiada kes tibi berstatus wabak di Cheras
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Persekutuan (JKWPKL&P) menegaskan tiada kes Tuberkulosis (tibi) berstatus wabak di Cheras.
Kes tuberkulosis dalam negara terkawal - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku beberapa kes tuberkulosis atau tibi di Cheras, Kuala Lumpur, namun secara keseluruhan kes jangkitannya dalam negara adalah terkawal.
12 lelaki didenda RM3,000 setiap seorang kerana merusuh guna senjata
Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai penarik kereta, pemandu lori, jurujual dan mekanik membayar denda tersebut.
Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Empat kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan Cheras di sini merekodkan bacaan tertinggi iaitu 160.
Jerebu: Lapan kawasan catat IPU tidak sihat, Cheras tertinggi
Sebanyak lapan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat dengan Cheras merekodkan 157, yang tertinggi setakat 10 pagi ini.
Banjir landa beberapa kawasan di Cheras
Kebanyakan kawasan sekitar ibu negara mula dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak petang tadi.
Hanya Cheras, Nilai masih catat bacaan IPU tidak sihat setakat 6 petang ini
Hanya dua kawasan sahaja mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 6 petang ini berbanding tujuh, pada 10 pagi tadi.
Jerebu: Kawasan dengan IPU tidak sihat menurun kepada 12
Jumlah kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori tidak sihat menurun kepada 12 setakat 3 petang Isnin.
Guna khidmat 'mummy' warga asing tarik pelanggan
Taktik terbabit dipercayai untuk memudahkan urusan pelanggan yang kebanyakannya turut terdiri daripada warga asing.