UMNO diminta menjaga kedaulatan bahasa Melayu dan tidak memperkotak-katikkan penggunaannya dalam urusan harian parti.
Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim berkata, situasi itu dianggap mudah dipraktikkan selain menyifatkan tiada kesukaran untuk bertutur bahasa Melayu dengan betul.
Dalam catatan terbaharu di laman Facebook miliknya, Rais memberitahu penggunaan perkataan winnable candidate seharusnya membawa maksud 'calon yang boleh menang' dan war room adalah 'bilik tindakan'.
Sebelum ini Rais dilaporkan berkata, penggunaan bahasa Inggeris oleh UMNO melambangkan parti itu seolah-olah menyertai kumpulan yang mahu 'membunuh' bahasa Melayu dalam aktiviti seharian.
BACA: Kenapa bijak pandai UMNO guna 'Back to school'? - Rais Yatim
BACA: Pembunuhan budaya: 'Dah gilo somacam dongan budayo Facebook ni' - Rais Yatim
Ketika dihubungi, Rais menegaskan tidak susah untuk UMNO berbahasa Melayu dengan betul, sambil menasihati pemimpin parti itu supaya memelihara bahasa sepertimana mereka menjaga kuasa yang dipegang ketika ini.
"Tidak apalah orang yang pegang kuasa kerap lupa sebab terlalu aksi. Kuasa macam duit juga.
"Tidak pandai jaga, ia mudah hilang. Bila hilang amat sukar hendak dapat kembali," katanya.
Rais sebelum ini berpendapat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak diyakini boleh mengatasi sepenuhnya isu kekasaran bahasa mahupun isu berita palsu di platform media sosial.
Tegasnya, ia hanya boleh diselesaikan dengan strategi pembudayaan semula selain penyusunan semula hal kemanusiaan oleh rakyat bersama kerajaan.
Wan Syamsul Amly
Mon Feb 26 2018
Rais berkata tidak susah untuk UMNO berbahasa Melayu dengan betul, sambil menasihati pemimpin parti itu supaya memelihara bahasa sepertimana mereka menjaga kuasa yang dipegang ketika ini. - Gambar fail
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Baiki segera kerosakan rumah kelahiran P Ramlee
Tindakan segera perlu dilakukan supaya rumah berusia hampir 100 tahun itu akan terus terpelihara dan menjadi warisan sejarah negara.
Peruntukan Perlembagaan Persekutuan cerminkan kepelbagaian, kepentingan kaum - Rais
Antara peruntukan yang menggambarkan kepelbagaian kaum ialah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Wan Junaidi sah terima tawaran Speaker Dewan Negara, angkat sumpah esok
Wan Junaidi menambah sebagai rakyat yang cintakan negara, sukar baginya untuk menolak tawaran itu kerana ia satu amanah dan tanggungjawab.
Program Syarahan Parlimen dijadikan acara bulanan - Johari
Penganjuran Program Syarahan Parlimen yang kini memasuki siri kedua akan diteruskan sebagai acara bulanan bagi membolehkan masyarakat memberikan pandangan berhubung cara tadbir urus negara yang baik.
Penggubal undang-undang tertinggi China tiba untuk lawatan rasmi ke Malaysia
Pesawat Air China membawa Zhao bersama delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 8.15 pagi ini.
JKPK TIA kemuka syor tangani isu perjawatan SPRM, Mahkamah Sesyen Khas Rasuah
Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (JKPK TIA) Dewan Negara hari ini mengemukakan dua syor bagi mengatasi isu perjawatan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) da
Persidangan Dewan Negara ditambah dua hari - Rais Yatim
Difahamkan tambahan dua hari berkenaan bagi menyelesaikan perihal berkait RUU dan urusan kerajaan yang lain.
Kerjasama Algeria-Malaysia dalam ekonomi, kebudayaan dan pendidikan perlu ditingkatkan - Rais Yatim
Hubungan kerjasama dua hala antara Algeria dan Malaysia perlu dipertingkatkan terutama dalam aspek ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.
Pengiktirafan protokol senator di peringkat kerajaan negeri dipersetujui PM
Anwar sendiri akan berhubung dengan pihak kerajaan negeri untuk memberikan perhatian mengenai perkara tersebut.
Akta Perkhidmatan Parlimen, naik taraf Jawatankuasa Pilihan Khas antara agenda Johari
Beliau dan Tan Sri Rais Yatim telah berjumpa dengan Perdana Menteri bagi memohon pertimbangan kerajaan untuk mengembalikan semula akta itu.