Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berada dalam keadaan yang amat stabil di peringkat Persekutuan dan orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakwaan yang mengatakan sebaliknya.
Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata, dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa akan ada undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah tidak benar.
"Kerajaan PH di Putrajaya adalah amat stabil. Isu undi tidak percaya ini adalah tidak benar, kenapa Pas mainkan isu ini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih adalah kerana mereka tiada isu.
"Tiada sebarang isu antara parti-parti dalam PH ini... tidak benar sama sekali. Rakyat tidak perlu risau akan hal ini," katanya pada ceramah kempen PRK DUN Semenyih, di sini malam tadi.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata akan berlaku undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Dalam ucapannya itu, Gobind, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata rakyat perlu memberikan kerajaan PH masa untuk memenuhi semua janji manifesto yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.
"PH diberi mandat untuk memerintah negara selama lima tahun sebelum pilihan raya umum yang seterusnya, oleh itu beri kami masa untuk laksanakan semua janji kami," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Gobind ketika mengulas mengenai isu kutipan tol di lebuh raya, berkata sebarang pengumuman tentang perkara itu perlu dilakukan oleh menteri berkaitan.
"Isu tol ini saya sudah utarakan sejak 2008. Jika ia tidak boleh dihapuskan kita mestilah mengurangkan kadarnya demi kebajikan rakyat. BN yang memerintah selama 61 tahun tidak dapat melakukan perkara sedemikian dan kita (PH) perlu menunjukkan yang kita berbeza daripada mereka," katanya.
Pada Khamis, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu pengumuman berkaitan tol akan dilakukan dalam masa terdekat oleh menteri berkaitan.
PRK DUN Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali, calon Barisan Nasional Zakaria Hanafi, calon Bebas Kuan Chee Heng dan Nik Aziz Afiq Abdul dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Hari pengundian PRK DUN Semenyih adalah pada 2 Mac ini. PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor daripada Bersatu yang mewakili PH pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 22 2019
Gobind berucap sempena kempen Pilihan Raya Kecil N24 DUN Semenyih di Taman Aik Ann, Kajang, 22 Feb, 2019. --fotoBERNAMA
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
Jangan guna agama capai hasrat politik - Zahid
Ahmad Zahid berkata nasihat itu bukan ditujukan kepada individu dan pemimpin parti politik sahaja, sebaliknya juga kepada pemimpin dalam UMNO.
Polis siasat kenyataan Abdul Hadi
PDRM menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan'.