Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis jelas memperlihatkan bahawa 'kerjasama' yang terjalin antara UMNO dan PAS masih belum mampu menggugat penguasaan PKR di kawasan itu.
Meskipun calon BN Datuk Lokman Noor Adam bersungguh-sungguh memainkan sentimen Islam dan Melayu sepanjang 14 hari tempoh berkempen, namun ia belum cukup mampu mempengaruhi pengundi di kawasan berkenaan yang lebih 70 peratus adalah Melayu.
Seruan pemimpin PAS kepada penyokong parti itu yang meminta supaya menyokong calon BN pada PRK tersebut juga dilihat tidak cukup kuat 'menembusi kekebalan' PKR apatah lagi dengan keputusan parti itu (PKR) mempertaruhkan anak tempatan Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang jelas mempunyai 'track record' bersih sebagai seorang pengetua maahad tahfiz.
Hasilnya hari ini, seramai 15,427 pengundi DUN Sungai Kandis sepakat memilih Mohd Zawawi sebagai wakil rakyat baharu mereka berbanding 9,585 pengundi yang memilih Lokman Noor sementara calon Bebas, K. Murthy pula hilang wang deposit selepas hanya memperoleh 97 undi.
BACA: Sungai Kandis kekal milik Pakatan Harapan
PRK ini bagaimanapun menyaksikan Mohd Zawawi memperoleh majoriti 5,842 undi yang lebih rendah berbanding yang diperoleh wakil rakyat lalu kawasan itu, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) iaitu 12,480 undi.
Peratusan keluar mengundi juga memperlihatkan hanya 49.4 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka hari ini berbanding sasaran 80 peratus yang disasarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PRK itu merupakan yang pertama diadakan selepas PRU14, berikutan kematian Mat Shuhaimi akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.
Mengulas lanjut, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Sivamurugan Pandian berpendapat kerjasama UMNO dan PAS 'tidak menjadi' pada PRK ini berkemungkinan disebabkan penyokong PAS yang tidak keluar mengundi berikutan keputusan pasti Islam itu untuk tidak meletakkan calon.
"Sepatutnya kalau digabungkan keputusan undi diperoleh calon BN dan PAS pada PRU14, calon BN pada PRK ini boleh memperoleh lebih 19,000 undi tetapi itu tidak menjadi, bermakna mungkin juga ada penyokong PAS melakukan protes secara senyap atas kerjasama ini.
"Selain itu, isu-isu dibawa BN tidak begitu sesuai dengan keadaan di Sungai Kandis dan pembunuhan karakter berlaku secara besar-besaran di PRK ini.
"Bagi saya PRK ini juga terlalu dekat dengan PRU lepas dan barangkali pengundi berpendapat keputusan PRK ini tidak akan membawa perubahan kepada kedudukan kerajaan negeri di DUN Selangor," katanya kepada Bernama.
Pensyarah kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara kampus Raub, Pahang, Che Hamdan Che Mohd Razali senada dengan Sivamurugan berkenaan hubungan UMNO-PAS di mana beliau berpendapat ramai penyokong PAS melakukan protes dengan tidak keluar mengundi.
Menurutnya, jika dilihat kepada budaya penyokong PAS, sentimen anti BN dan UMNO sangat kuat sebelum ini.
"Melalui pemerhatian saya, selepas Pakatan Harapan rampas Selangor daripada BN pada 2008, banyak kelebihan yang PAS dapat di mana mereka dapat jalankan banyak aktiviti di masjid berbanding sebelum itu.
"Kerajaan negeri beri peluang kepada PAS berdakwah dengan lebih baik, cuma kali ini BN mainkan sentimen kononnya kerajaan pusat dikawal oleh DAP tetapi sentimen itu tidak menjadi di Selangor.
"Faktor lain pula calon BN bukan penduduk tempatan berbanding Mohd Zawawi dan isu-isu yang dimainkan BN melibatkan Melayu Islam tidak memberi kesan di Selangor.
"Jika mereka mainkan isu itu di Kedah, Kelantan dan Terengganu mungkin boleh mendatangkan kesan tetapi di Selangor kedua-dua isu itu bukanlah isu besar walaupun Sungai Kandis majoriti penduduknya orang Melayu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 04 2018
Mohd Zawawi Ahmad Mughni meraikan kemenangan selepas selepas dipilih menjadi ADUN Sungai Kandis pada PRK Sungai Kandis pada Sabtu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).