LAPAN kerusi Parlimen, 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertaruhkan di Negeri Sembilan.
Barisan Nasional (BN) Negeri meletakkan calon di semua Parlimen dan DUN bagi mempertahankan lima kerusi Parlimen dan 22 kerusi DUN, pada masa sama cuba meluaskan kemenangan di bawah pimpinan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Pakatan Harapan (PH) turut menampilkan calon di kesemua kerusi Parlimen dan DUN untuk mencabar penguasaan BN di tanah 'Waghih' itu.
Pada masa sama, muncul juga Pas untuk turut mempertaruhkan kemampuan mereka bagi merebut semua kerusi Parlimen dan 26 kerusi DUN kali ini.
Kerusi DUN Sikamat dan Ampangan di bawah Parlimen Seremban dijangka menjadi pertembungan hangat, selain percubaan BN untuk menawan semula kerusi Parlimen Port Dickson. Masing-masing menyaksikan perebutan tiga penjuru antara BN-PH-Pas.
P.131 REMBAU
Calon
BN: Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Penyandang)
PH: Roseli Abd Ghani (PKR)
Pas: Mustafa Dolah
Di Parlimen Rembau, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO, Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin akan mempertahankan wilayahnya daripada dijajah kuasa baharu dipimpin Leftenan Kolonel (B) Roseli Abd Ghani dari PKR, tetapi turut digasak calon Pas Mustafa Dolah, yang juga Bendahari Pas negeri.
P.132 PORT DICKSON
Calon
BN: Datuk VS Mogan
PH: Rosman Jonet (calon baharu, penyandang Kamarul Bahrin Abbas digugurkan)
Pas: Mahfuz Roslan
Pada PRU13, Mogan tewas kepada Kamarul Bahrin dari PKR, dan ia kali kedua BN tampil dengan wakil dari MIC. Perebutan kali ini menyaksikan BN sekali lagi mempertaruhkan Mogan, walaupun dikatakan akar umbi menginginkan wakil dari UMNO sebagai harapan merampas kembali kerusi tersebut. PH pula menampilkan Rosman Jonet, yang tewas di DUN Linggi pada 2013, menggantikan Kamarul Bahrin yang digugurkan.
N.13 SIKAMAT
Calon
BN: Syamsul Amri Ismail
PH: Aminudin Haron (Penyandang, PKR)
Pas: Rahim Yusof
Dua penggal menduduki kerusi DUN yang dekat dengan ibu negeri Seremban ini, namun penduduk berkata tiada pembangunan dirasai. Di Sikamat, BN mempertaruhkan penceramah tersohor, Syamsul Amri atau 'Syamsul Debat'. Pemuda berusia 40 tahun kelahiran Jempol ini dijangka senjata terbaik BN merampas DUN itu dari PKR.
N.14 AMPANGAN
Calon
BN: Datuk Abu Ubaidah Redza (Penyandang)
PH: Mohamad Rafie Ab Malek (PKR)
Pas: Mustafa Daharun
Ini kerusi paling panas di Negeri Sembilan. Saling bertukar pemilikan. Rashid Latiff (PKR) memenangi mengejut kerusi itu dengan majoriti 165 undi pada PRU12, sebelum BN merampas kembali penggal seterusnya tetapi tipis dengan hanya 89 undi oleh Abu Ubaidah. Kali ini, Pas cuba mencabar kedudukan itu dengan menampilkan Pesuruhjaya Negerinya, Mustafa Daharaun yang pada waktu sama turut bertanding kerusi Parlimen Jempol.
N.27 RANTAU
Calon
BN: Datuk Seri Mohamad Hasan (Penyandang)
PH: Dr S. Streram (PKR)
Kubu kuat Mohamad atau 'Tok Mat' yang dipertahankannya sejak tiga penggal lepas, dijangka dapat terus dikuasai walaupun PH mempertaruhkan Dr S. Streram dari PKR untuk menggugat kedudukan Menteri Besar kesayangan Waghih itu.
Israr Khalid
Fri Apr 27 2018
Mohamad ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Watikah kepada Calon-Calon BN Negeri Sembilan bagi PRU14 pada Isnin. - BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Baju raya terakhir ibu jadi kenangan buat anak kembar
Kenangan bersama ibu mereka, Bintara Muda TNL Nor Rahiza Anuar, 39, tidak akan pernah luput dari ingatan.
AWANI 7:45 [23/04/2024] – Ditukar kepada majlis tahlil dan doa | Tujuh lelaki dan tiga wanita | Desakan semakin kuat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Jabatan Bantuan Guaman perlu main peranan dalam pelbagai kes, bukan hanya jenayah - Azalina
JBG diwujud bagi memberikan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan Akta Bantuan Guaman 1971.
AWANI Ringkas: Sambutan dibatalkan, digantikan dengan doa selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).