Ketua Menteri Sarawak berkata Barisan Nasional (BN) negeri akan merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengisytiharkan sebagai batal dan tidak sah perlucutan kelayakan Dr Ting Dr Tiong Choon sebagai ahli dewan undangan negeri (Adun) Pujut oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).
Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri menghormati keputusan Mahkamah Tinggi tetapi akan merayu di Mahkamah Persekutuan.
"Kami akan umumkan keputusan (merayu). Mahkamah (hakim Mahkamah Tinggi) lebih memfokus kepada perkara undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Hari Raya kepada 400 penerima pada Program Ihsan Ramadan Satok di sini hari ini.
Abang Johari bagaimanapun berkata beliau tidak tahu bila rayuan akan difailkan kerana ia perlu dibincangkan dengan Peguam Negeri terlebih dahulu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun semalam memutuskan sebagai tidak sah keputusan DUN itu melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai Adun Pujut pada 12 Mei, atas alasan beliau mempunyai dua kerakyatan (Malaysia dan Australia).
Mahkamah mengembalikan kedudukan Dr Ting sebagai Adun Pujut, dan pilihan raya kecil tidak akan diadakan.
Hakim juga mengarahkan speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh, selaku defendan pertama dan kedua membayar RM100,000 kepada plaintif (Dr Ting) sebagai kos mahkamah.
Dalam perkembangan lain, Abang Johari berkata kerajaan Negeri sedang berunding dengan AirAsia untuk membina terminal tambang murah dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).
Ketua Menteri berkata beliau tidak tahu kos dan bila projek itu akan dilaksanakan kerana ia masih di peringkat rundingan.
Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2017
Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg ditemuramah para wartawan selepas menyampaikan sumbangan pada Program Ihsan Ramadan Satok 2017 di Sekolah Kebangsaan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Kerusi Pujut: K'jaan Sarawak akan merayu di Mahkamah Persekutuan - KM
Ketua Menteri Sarawak berkata BN negeri akan merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching.
Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak yang baharu
Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak Ke-6 hari ini.