Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan mesyuarat malam ini di Pertubuhan Alumni Universiti Malaya.

Jemputan ke mesyuarat itu dihantar oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi aplikasi WhatsApp.

"Saya membantah dengan sekeras-kerasnya pemanggilan Mesyuarat MPT melalui notis 2 Jun 2020 dan pengadaan mesyuarat tersebut pada 4 Jun 2020 kerana tidak menurut peraturan dan perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Laporan yang memetik sumber itu mendedahkan mesyuarat itu membincangkan strategi untuk menangani isu dalaman Bersatu.