Insiden 'lampu pecah' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menyebabkan paparan muka bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir malap seketika sedikitpun tidak mengundang kemarahan veteran politik itu.

"Itu hak mereka. Nak pecah ke nak bakar ke itu hak mereka. Kita negara bebas," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas satu majlis berbuka puasa dianjurkan Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa) di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru pada malam Khamis.

BACA: 'Keep the change' memang budaya kita' - Tun Mahathir

BACA: Emel antara PetroSaudi, 1MDB 'mencurigakan' - Tun Mahathir

Selain itu, beliau turut ditanya mengenai penglibatan Kerajaan Malaysia dalam penangkapan bekas eksekutif IT PetroSaudi, Xavier Justo.


Muka saya pun sudah diconteng arang. Legasi saya juga sudah dimusnahkan



"Saya tidak tahu. Kita lihat sekarang ini beberapa ahli propaganda yang bijak bekerja keras. Muka saya pun sudah diconteng arang. Legasi saya juga sudah dimusnahkan," kata beliau.

Justo ditahan pasukan polis Thailand pada Rabu kerana didakwa telah membocorkan maklumat berkaitan dengan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

1MDB: Bekas eksekutif IT PetroSaudi ditahan polis Thailand