Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang berlangsung malam tadi membincangkan tentang persediaan parti komponen bagi menghadapi 'bapa segala pilihan raya', Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Ini merupakan pertama kali ia diadakan bagi tahun ini dan dihadiri oleh kesemua pemimpin tertinggi 13 parti komponen.

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai perbincangan berkisar tentang memperkukuh perpaduan dalam kalangan parti komponen.

"Kami semua sepakat dan senarai pendek calon telah dihantar.

"Kebanyakan parti komponen telah berikan senarai pendek calon untuk diteliti Perdana Menteri," katanya ketika ditemui media.