Semua bilik gerakan Puteri UMNO di negeri ini wajar dijadikan jambatan serta agresif dalam melaksanakan gerak kerja supaya memberi impak bermakna kepada perjuangan untuk rakyat sekali gus pengukuhan parti.
Ketua Puteri UMNO Sabah, Normala Rasik berkata, semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan Bilik Gerakan Puteri UMNO seluruh bahagian supaya melakukan gerak kerja yang lebih mantap serta tersusun dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
"Jentera Puteri UMNO di seluruh bahagian tidak perlu memikirkan soal bila PRU14 akan diadakan tetapi wajar melakukan gerak kerja seperti sesi penerangan, sesi kerja-kerja kebajikan, sesi memungut serta menyelesaikan masalah rakyat.
"Gerak kerja jentera PDM Puteri UMNO bahagian perlu turun padang dan mendekati pengundi muda di setiap program. Pastikan kerja satu pasukan bersama-sama dengan Pergerakan Wanita UMNO dan Pemuda UMNO di bahagian," katanya.
Beliau berkata demikian semasa mempengerusi Mesyuarat Bulanan Pertama Pergerakan Puteri UMNO Sabah di Bilik Mesyuarat, Bangunan UMNO Sabah.
Normala yang juga Exco Puteri UMNO Malaysia mahu jentera pilihan raya dan bilik gerakan yang ditubuhkan di peringkat Daerah Mengundi sentiasa mengemas kini data mengenai status pengundi di kawasan masing-masing.
Katanya, ini penting bagi membolehkan pihaknya mengetahui kedudukan pengundi di sesuatu kawasan, sikap dan penerimaan mereka terhadap kerajaan serta parti pembangkang selain profil pengundi yang berada di luar daerah.
"Saya mahu jentera-jentera pilihan raya yang diwujudkan di peringkat cadangan dan daerah mengundi sentiasa bekerja keras melakukan persiapan yang perlu," katanya.
Astro Awani
Tue Feb 06 2018
Normala bersama ketua-ketua Puteri UMNO bahagian menyatakan kesepakatan jentera Puteri UMNO di seluruh bahagian Sabah siap sedia untuk berjuang. - Astro AWANI
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Dua injap utama di LRA Sungai Dua, siap diganti - Chow
Dua unit injap berdiameter 1.2 meter (m) yang rosak di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, sudah siap diganti oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sekitar jam 4 petang tadi.
Lebih 1 juta rawatan sakit-sakit ringan percuma, dicapai melalui Skim Perubatan MADANI
Skim Perubatan MADANI merekodkan lebih 1 juta lawatan pesakit bagi rawatan sakit-sakit ringan percuma di klinik swasta yang berdaftar, sejak skim itu diperkenalkan pada 15 Jun lepas.
Rombakan Kabinet: Gerak kerja Kementerian Digital akan diputuskan dalam masa terdekat - Gobind
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata gerak kerja dan tugasan kementeriannya akan diputuskan dalam masa terdekat, selepas bidang tugas kementerian baharu itu diketahuinya esok.
PRN: UMNO susun gerak kerja selepas pemilihan parti - Mohamad
UMNO akan menyusun gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sebaik sahaja proses pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026 selesai.
Slim Memilih: BN akui berdepan cabaran hadapi calon Bebas
Barisan Nasional (BN) mengakui berdepan cabaran dalam mengatur gerak kerja jentera pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berbanding PRK DUN Chini.
Noraini mahu kemudi KPT selaras dengan amanah Perdana Menteri
Datuk Dr Noraini Ahmad Noraini mahu melihat prestasi pengajian tinggi meningkat di peringkat antarabangsa dan dalam negara.
250 penduduk terjejas banjir kilat di Kulim
Kesemua mangsa kini ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir sementara yang dibuka di Masjid Sungai Seluang dan surau Taman Sang Kancil.
#MalaysiaMemilih: Gerak kerja Puteri UMNO perlu agresif - Normala
Semua bilik gerakan Puteri UMNO di negeri ini wajar dijadikan jambatan serta agresif dalam melaksanakan gerak kerja supaya memberi impak bermakna kepada perjuangan untuk rakyat dan kukuhkan parti.