Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bakal mengumumkan parti komponen Pakatan Harapan mana yang akan disertainya esok.

"Saya sudah buat keputusan. Tunggu esoklah. Ada seorang lagi bekas Ahli Jawatankuasa Pas pusat bersama saya akan sertai parti tersebut," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Apabila ditanya sama ada beliau akan menyertai Parti Amanah Negara atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ahli Parlimen Pokok Sena.

"Pastinya saya akan menyertai Pakatan Harapan kerana saya percaya kepada perjuangan gabungan tersebut.

"Fokus saya dengan menyertai mereka bukan untuk bertanding tetapi lebih kepada membantu mereka untuk meyakinkan rakyat dan penyokong Pas untuk bersama Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti," katanya.

Beliau mula berkecimpung dalam politik sejak 34 tahun lalu dan memegang kerusi Pokok Sena untuk Pas sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Pada 1 Januari lalu, beliau telah mengisytihar keluar Pas.