Adakah kerajaan PAS benar-benar kukuh di Kelantan? Adakah Umno bersedia untuk merampas semula negeri itu? Atau adakah bakal wujud kerajaan baru di Kelantan dalam bentuk Pakatan Harapan dan Bersatu pada pilihan raya umum yang akan datang?
Setelah lebih dua puluh kali lawatan saya ke Kelantan sejak 1993, termasuk untuk beberapa penyelidikan lapangan bagi menyempurnakan tesis ijazah saya mengenai PAS di antara 2002 dan 2004, saya sentiasa kagum dengan kecanggihan politik orang Kelantan.
Rakyat Kelantan memilih pentadbiran PAS berturut-turut di antara 1959 dan 1978, dan sekali lagi mulai 1990 sehingga hari ini. Sentimen kewilayahan Kelantan yang berkait rapat dengan politik persekutuan adalah faktor penting bagi pengundi Kelantan sejak dahulu hingga sekarang.
Dalam semua pilihan raya umum sejak kembali berkuasa pada 1990, kehadiran Tok Guru Nik Aziz - seorang ulama yang tegas dalam sikap rendah dirinya - menajdi faktor positif yang berterusan untuk PAS.
Malangnya, ulama yang bijaksana ini tiada lagi bersama kita, sejak 2015.
Keunikan Kelantan termasuklah kekuatan rakyatnya menolak “momok Cina” ciptaan Umno yang tidak masuk akal itu. Malah, cerita “takut dengan DAP” yang sering menjadi senjata ampuh Umno di banyak kawasan majoriti Melayu, tidak pernah berkesan di negeri Cik Siti Wan Kembang kerana orang Kelantan mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan di mana PAS dilihat mempunyai hubungan rapat dengan UMNO sejak kebelakangan ini manakala Umno buntu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang semakin tidak popular, PAS kini dilihat semakin hilang kekuatan kewilayahan/ anti-persekutuan di mata ramai rakyat Kelantan.
Ramai rakyat Kelantan berhijrah dan menetap di Lembah Klang tetapi mereka masih mengundi di kampung halaman mereka. Kalangan penyelidik percaya bahawa lebih dari 20 peratus pengundi Kelantan tinggal di luar Kelantan. Biasanya mereka mengundi mengikut peralihan citarasa nasional - yang pada masa ini tidak memihak kepada Najib dan sesiapa yang bersekutu dengan Perdana Menteri.
Oleh itu, mitos bahawa PAS boleh menjadi penentu politik negara, sebagai satu kuasa ketiga, terutamanya kepada Pakatan Harapan, pada pilihan raya umum akan datang perlu dikaji semula. Entah bagaimana kalangan pemerhati politik melihat kekuatan PAS di Kelantan tanpa banyak penelitian mendalam.
Kajian yang lebih teliti sebenarnya mendedahkan senario yang sangat berbeza, mungkin juga mengejutkan kepada sesetengah orang. Dalam persaingan untuk menguasai Dewan Undangan Negeri Kelantan pada pilihan raya umum akan datang, PAS berada dalam kedudukan yang kabur untuk menyerlahkan kuasa ketiganya. Malah, PAS mungkin terpaksa membentuk satu pakatan pilihan raya dengan Umno di Kelantan, sama ada secara sukarela atau demi kepentingan politik.
Dengan mengandaikan Amanah mampu memberikan cabaran serius kepada PAS di 10 daripada 33 kerusi Dewan Undangan Negeri miliknya manakala Bersatu mampu berbuat demikian di 5 daripada 12 kawasan Dewan Undangan Negeri milik UMNO, PAS dan Umno tidak boleh sewenang-wenangnya bertanding antara satu sama lain di mana-mana kerusi di Kelantan.
Dengan mengandaikan Amanah, Bersatu dan PKR tidak bertanding menentang satu sama lain tetapi membentuk satu gabungan yang mantap – melawan PAS atau Umno, atau kedua-duanya, dalam pertandingan tiga atau empat penjuru – maka pihak yang bakal rugi besar bukanlah Pakatan Harapan dan Bersatu.
Jika PAS dan Umno tidak dapat mencapai satu persetujuan untuk membentuk gabungan pilihanraya, dan mengambil keputusan untuk berlawan antara satu sama lain – sementara Pakatan dan Bersatu membentuk gabungan untuk meletakkan calon tunggal di setiap kerusi – tiada siapa yang dapat meramalkan dengan tepat keputusan pilihanraya di Kelantan nanti, terutamanya bagi kerusi-kerusi yang marginal, iaitu yang dimenangi dengan peratusan undi yang kecil.
Jika undi PAS dan Umno kurang 10 peratus – kerana dikaitkan dengan Najib – dan mereka tetap mahu bertanding tiga penjuru, PAS mungkin kehilangan Kelantan manakala Umno boleh mengucapkan selamat tinggal kepada impian mereka untuk menawan semula negeri itu.
Pada pilihan raya umum 2013, kedua-dua PAS dan PKR mendapat 425,291 undi (55,26%) manakala Barisan Nasional 343,416 undi (44.62%). PAS memenangi 32 daripada 45 kerusi DUN manakala PKR menang DUN Guchil dengan hanya 49.9% undi.
Daripada 32 kerusi PAS, 13 dimenangi dengan kurang daripada 55% undi. Daripada 12 kerusi Umno dalam DUN Kelantan, 9 dimenangi dengan kurang daripada 55% undi.
Dalam erti kata lain, 23 daripada 45 kerusi Kelantan – lebih sedikit daripada separuh – adalah kerusi bahaya untuk kerajaan PAS jika Pakatan Harapan dan Bersatu meletakkan satu gabungan yang mantap manakala Umno dan PAS berlawan antara satu sama lain.
Jangan sekali-kali memandang rendah kebijaksanaan pengundi Kelantan. Saya telah bertemu dengan ramai orang Kelantan selama ini dan saya amat menghormati mereka. Jika berlaku perubahan citarasa di Kelantan, PAS dan Umno akan terpaksa membentuk satu gabungan. Oleh itu, mitos PAS sebagai kuasa ketiga yang kuat hanya akan menjadi sebuah angan-angan.
*Liew Chin Tong adalah Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kluang.
**Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Liew Chin Tong
Wed Feb 01 2017
Mitos bahawa PAS boleh menjadi penentu politik negara, sebagai satu kuasa ketiga, terutamanya kepada Pakatan Harapan, pada pilihan raya umum akan datang perlu dikaji semula. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
MIDA lulus 4,230 projek teknologi hijau RM41 bilion sehingga 2023
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan sebanyak 4,230 projek teknologi hijau bernilai RM41 bilion sehingga 2023.
Negara catat pelaburan asing RM188.4 bilion, pelaburan domestik RM141.1 bilion pada 2023
Beliau berkata pelaburan domestik menyumbang sebanyak RM141.1 bilion yang menyaksikan peningkatan sebanyak 35.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Projek KIGIP masih di peringkat awal - MITI
Projek Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) masih di peringkat perancangan awal dan fokus akan diberikan kepada proses pengambilalihan tanah daripada Sime Darby Plantation Bhd.
Tiada keperluan tukar Waktu Standard Malaysia kepada GMT+7 - MITI
Kerajaan tiada perancangan untuk menganjak penetapan waktu di Semenanjung daripada GMT8 kepada GMT7.
MITI cadang 'one-time subsidy' untuk pemilikan kenderaan EV
Chin Tong berkata cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MoF) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC).
Malaysia sasar peranan lebih penting dalam rantaian bekalan penerbangan global
Malaysia menyasarkan untuk memainkan peranan lebih penting dalam rantaian bekalan global.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu reda tekanan ekonomi serantau
Mesyuarat tiga hari bermula semalam menjadi platform dialog kepada usaha untuk meredakan tekanan ekonomi yang melanda rantau ini.
Perjanjian perdagangan sempadan diperkemas, rancakkan perdagangan Malaysia-Indonesia
Perjanjian Perdagangan Sempadan antara Malaysia dan Indonesia yang telah ditambah baik dijangka memudah cara dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.
Eksport halal Malaysia cecah RM44.17 bilion sehingga Oktober 2023
Nilai eksport bagi industri halal negara sehingga Oktober ini bernilai RM44.17 bilion, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong.
NIMP 2030 pertingkatkan industri untuk Malaysia dan negara-negara selatan - MITI
NIMP 2030 menyasarkan untuk meningkatkan perindustrian melalui pendekatan baharu berdasarkan empat misi.