Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin mahu anggota sayap itu terus komited dalam merealisasikan aspirasi kerajaan dan meningkatkan usaha mendekati rakyat.
Justeru beliau menggesa anggota Puteri UMNO memanfaatkan bulan Ramadan untuk turun padang mendekati golongan sasar dan menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan.
"Dekati bukan hanya golongan muda tetapi semua lapisan masyarakat," katanya kepada pemberita pada program Agihan Bubur Lambuk Pelancongan di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, di sini hari ini.
Pada majlis itu Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mengagihkan 1,700 peket bubur lambuk kepada orang ramai di masjid tersebut.
Mengulas perkembangan lain, beliau berkata pelaksanaan Cukai Pelancongan bermula bulan depan bertujuan menambah baik sektor pelancongan terutama dari segi perkhidmatan bukan untuk membebankan rakyat.
Mas Ermieyati juga berkata pelaksanaan cukai itu bermula 1 Julai ini tidak akan menjejaskan sektor perhotelan.
"Justeru, orang ramai tidak perlu khuatir dengan (pelaksanaan) cukai tersebut kerana ia dilaksanakan setelah mengambil kira pelbagai faktor dan bukanlah bertujuan untuk membebankan.
"(Malah) ia juga membolehkan pelancong untuk memilih alternatif penginapan lain termasuk tinggal di inap desa yang tidak dikenakan cukai berkenaan berbanding menginap di hotel," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2017
Puteri UMNO perlu manfaatkan bulan Ramadan untuk turun padang mendekati golongan sasar dan menyalurkan bantuan. - Gambar fail
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Letak jawatan kalau mereka ahli parlimen bermaruah - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kesemua ahli parlimen berkenaan harus sedar bahawa mereka bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).
Mas Ermieyati mahu Puteri UMNO perlu lebih komited untuk dekati rakyat
Beliau menggesa anggota Puteri UMNO memanfaatkan bulan Ramadan untuk turun padang mendekati golongan sasar dan menyalurkan bantuan.
'Jangan doktrinkan persepsi yang salah' - Mas Ermieyati
Jangan doktrinkan persepsi yang salah, kata Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika ditanya berhubung defisit kepercayaan yang dihadapi UMNO ketika ini.
Puteri bimbang manipulasi media sosial, hasut generasi muda Melayu
Pelbagai manipulasi di media sosial dan pergerakan senyap yang merekrut serta menghasut anak-anak Melayu agar menentang kerajaan serta perkara-perkara termaktub dalam Perlembagaan amat membimbangkan.