Masa depan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terletak sepenuhnya di tangan rakyat.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, rakyat kini melihat perkembangan negara bukan kerana ketaksuban politik semata-mata.

"Masa depan kita berkait rapat dengan satu sama yang lain, di mana kalau ada seorang rakyat Malaysia, walaupun mereka atau individu tersebut bukan ahli UMNO dan dikhianati, kita tidak membantunya, dia miskin papa kedana, kemiskinnan dia itu dirasai juga oleh saya kerana dia merupakan rakyat Malaysia sama seperti saya," katanya.

Syed Saddiq berkata demikian pada ucapan penangguhan Ketua Armada sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, Syed Saddiq mahu peranan wanita di dalam Bersatu ditingkatkan.

Katanya, parti seharusnya melihat perjuangan wanita muda dan mempertimbangkan lebih banyak pencalonan untuk mereka sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen pada pilihanraya akan datang.