Perhimpunan MCA-Gerakan Teguh Bersama yang dijadualkan pada Sabtu ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerja antara kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN).
Ia juga untuk melahirkan komitmen dan tekad dalam persiapan bersama bagi pilihan raya umum akan datang serta menampilkan pencapaian masing-masing, kata setiausaha agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan dan rakan sejawatannya dari Parti Gerakan Datuk Liang Teck Meng pada sidang media di sini pada Selasa.
Mereka berkata MCA dan Gerakan mempunyai pengalaman kerjasama meliputi tempoh sangat lama di bawah struktur BN terutama dalam menegakkan tadbir urus kesederhaaan serta berbilang bangsa.
"Kedua-dua parti mendukung misi memerangi ekstremisme dan melindungi hak bukan Islam, dan kerjasama kami menjana hasil yang efektif," kata mereka dalam satu kenyataan yang dibacakan dalam bahasa Inggeris dan Cina.
Sementara itu, Ong berkata sejak dua bulan lepas, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong memimpin kumpulan masing-masing dalam lima perbincangan.
"Kami mencapai kesepakatan yang baik. Strategi telah dirangka tentang bagaimana untuk mengukuhkan hak dan peluang masyarakat Cina dan memastikan mereka memainkan peranan lebih besar dalam wawasan negara ke arah pembangunan," kata beliau.
Ong menegaskan bahawa matlamat itu bukan sahaja untuk menyatukan komuniti Cina tetapi menyatukan semua masyarakat.
"Sebagai titik permulaan, MCA dan Gerakan bersedia menjadi contoh melalui kerjasama mengadakan "MCA-Gerakan Teguh Bersama'," katanya.
Perhimpunan yang akan diadakan di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini dijangka dihadiri oleh kira-kira 2,000 peserta terdiri daripada pemimpin pusat, negeri dan tempatan dari kedua-dua parti.
Liow dan Mah dijangka menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2018
Perhimpunan MCA-Gerakan Teguh Bersama bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerja antara kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN). - Gambar fail Bernama
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Hadis 40 Imam Nawawi: Pas akan adakan dialog bersama Gerakan - Hadi
Abdul Hadi berkata Pas sentiasa berhubung dengan Gerakan dalam membincangkan mana-mana isu berbangkit.
Ahli Gerakan perlu fokus PRN berbanding pemilihan parti - Dominic Lau
Penyandang Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau mengingatkan kepada semua ahli supaya fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) berbanding pemilihan parti.
Tiada keperluan debat projek tambak laut Pulau Pinang Selatan - Kon Yeow
Tiada keperluan untuk berdebat berhubung Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) kerana segala pertikaian mengenainya sudahpun dibincangkan secara panjang lebar sebelum ini.
PRU15: Presiden Gerakan sahkan bertanding di Pulau Pinang
Bagaimanapun, Dominic Lau masih merahsiakan kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya.
PRU15: Calon kuasai bahasa Melayu dengan baik pilihan Gerakan - Dominic
Hanya mereka yang mengusai kemahiran bahasa Melayu dengan baik akan dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Dr Dominic Lau.
Gerakan sarankan kerajaan kekalkan hukuman mati atas kesalahan jenayah kejam
Jenayah seumpama itu perlu mendapatkan hukuman setimpal terutama melibatkan kes kehilangan nyawa mangsa.
PRN Johor: PN muktamad senarai calon minggu depan - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
KEMAS gerakkan 1,256 sukarelawan bantu mangsa banjir
207 premis Tabika, Taska dan Pusat Kegiatan KEMAS di seluruh negara sudah dikenalpasti terjejas akibat banjir yang melanda.
PRN Melaka: Landskap politik norma baharu Melaka perlu diperhalusi
Situasi ini juga bakal memberi peluang yang sama rata kepada semua parti untuk meraih kemenangan.
MPN yakin Agong dapat tangani kemelut politik
Majlis Profesor Negara (MPN) berpendapat segala persoalan itu dapat diselesaikan atas kebijaksanaan dan kearifan Yang di-Pertuan Agong.