MCA kekal parti komponen BN

MCA kekal parti komponen BN
MCA pada Ahad memutuskan untuk terus kekal sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).
KUALA LUMPUR: MCA pada Ahad memutuskan untuk terus kekal sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu bertujuan mengukuhkan lagi kerjasama pelbagai kaum dan memastikan tidak berlaku kecondongan politik berteraskan perkauman.

"Jawatankuasa Pusat MCA memilih untuk kekal dalam BN.
"MCA mahu memastikan tidak berlakunya kecondongan politik berteraskan perkauman antara Melayu dengan bukan Melayu.

"Soal kepelbagaian tidak boleh diketepikan dalam landskap politik," menurut kenyataan itu.

Katanya kerjasama UMNO dan PAS adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, namun parti komponen yang berhasrat menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak seharusnya mengambil kira prinsip konsensus dan kepelbagaian dalam BN.

Sebelum ini media melaporkan bahawa MCA dalam resolusi Mesyuarat Agung Tahunannya tahun lepas mengusulkan supaya mandat diberi kepada jawatankuasa pusat BN untuk membubarkan gabungan itu dan memulakan usaha mewujudkan satu pakatan baharu.

Namun, pada 8 Mac lepas, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan bahawa MCA dan MIC kekal sebagai parti komponen BN.