Rakyat, terutamanya ahli-ahli UMNO sebenarnya masih belum pulih daripada kejutan yang ditimbulkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini dalam episod tandatangan dokumen Deklarasi Rakyat yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berundur dari jawatannya dengan segera.
Kejutan itu ditambah lagi dengan surat yang mengejutkan semula ahli UMNO agar cawangan-cawangan parti membuat ketetapan menolak kepimpinan Najib.
Veteran UMNO, malah sebahagian besar ahli-ahli UMNO kini mula melihat tindakan Dr Mahathir itu akhir-akhir ini sudah melampaui batasan dan tidak lagi selari dengan kepimpinan Kerajaan.
Langkah Dr Mahathir bersekongkol dengan barisan pembangkang, terutamanya pemimpin DAP yang sentiasa mengkritik malah mendesaknya sendiri sebagai Presiden UMNO satu ketika dulu masih tidak dapat diterima dan tidak masuk akal dalam kalangan sebahagian besar ahli yang masih setia dengan perjuangan UMNO.
Sesungguhnya Dr Mahathir selaku seorang yang bijaksana, berpengalaman dan berwawasan amat sedar bahawa pengunduran Najib daripada jawatan bukanlah satu penyelesaian muktamad kepada sebarang dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap kepimpinan Najib sendiri.
Persepsi buruk
Malah, pengunduruan segera Najib dengan tekanan pihak pembangkang bukan sahaja mencetuskan persepsi buruk terhadap kepimpinan negara yang dipersada dunia secara amnya dan dalam kalangan pelabur-pelabur asing secara khususnya yang akan menggugat serta menjejas kestabilan politik sekali gus kepentingan ekonomi negara.
Penganalisis politik melihat tindakan Dr Mahathir dan barisan pembangkang yang mendesak Najib untuk berundur dengan segera lebih bersifat paradoksikal kerana kumpulan ini sering menjerit agar kerajaan menegakkan prinsip hak asasi manusia dan menjunjung prinsip demokrasi dalam negara.
Tetapi, apakah tindakan mereka yang menandatangani dokumen oleh sebilangan kecil pemimpin parti pembangkang dan NGO boleh mendesak Najib untuk melepaskan jawatan dengan segera bertentangan dengan prinsip dan amalan demokrasi yang menjadi asas pembentukan kerajaan di Malaysia?
Langkah Dr Mahathir dilihat hanya akan menguntungkan pihak pembangkang dalam mencapai matlamat mereka untuk menumbangkan UMNO, satu-satunya parti yang ditubuhkan untuk membela kepentingan orang Melayu dan Islam yang selama ini tahan serangan dan tekanan daripada pelbagai pihak sejak ditubuhkan.
Perjuangan UMNO masih belum selasai. Apakah kumpulan yang bersekongkol dengan barisan ‘musuh’ UMNO tidak sedar terhadap agenda pembangkang yang tersurat dan tersirat dalam kerjasama mereka dengan Dr Mahathir, seorang yang dianggap Bapa Kemodenan Malaysia dan pengasuh UMNO selama 22 tahun.
Dalam hal ini, rakyat tidak akan lupa cabaran dan serangan yang tidak putus-putus oleh pembangkang terhadap kerajaan kepimpinan Dr Mahathir.
Krisis BN
Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin UMNO pernah dilanda pelbagai krisis, kemelut, kegawatan dan isu kemerosotan nilai ringgit malahan pelbagai isu yang umumnya dirujuk sebagai 'skandal' oleh pembangkang selain mendapat liputan luas serta cemuhan media asing.
Antara isu yang masih dalam kotak ingatan rakyat Malaysia adalah Kerugian MBF di Hongkong, kerugian Bank Negara dalam urusniaga pertukaran asing, kerugian Perwaja Steel yang melibatkan nilai berbilion-bilion ringgit dana kerajaan.
Malahan krisis politik yang menimbulkan keresahan di kalangan rakyat kerana pindaan beberapa perkara di dalam Perlembagaan yang berkaitan dengan kuasa mutlak Raja-Raja Melayu, pemecatan Ketua Hakim Negara bersama beberapa Hakim yang berpengalaman daripada Badan Kehakiman, pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri satu masa dahulu.
Namun, rakyat secara amnya dan ahli-ahli UMNO dan BN secara khususnya tidak tergesa-gesa, kelam-kabut atau gundah-gulana melihat serangan pembangkang malah lebih matang dalam menunjukkan kekuatan, kesetiaan dan sokongan mereka dalam membela kepimpinan parti daripada serangan pembangkang serta media asing.
Sehubungan itu, ahli-ahli UMNO bersama komponan BN yang menjadi tunjang kekuatan parti wajar bangkit untuk mempertahankan kepimpinan UMNO yang ketika ini menjadi sasaran serangan pembangkang.
Ahli-ahli UMNO kini wajar bersatu demi menjamin tembok parti tidak mudah dipecah masuk musuh. Sementara, ahli-ahli parti komponan bukan UMNO pula harus melihat serangan terhadap kepimpinan Najib sebagai masalah bersama dan perlu bangkit untuk membela kepimpinan Najib selaku pemimpin BN sendiri.
Keruntuhan UMNO juga sudah pasti mengundang kegelisahan dalam kalangan majoriti penduduk di negera ini iaitu kaum Melayu yang merupakan hampir 56.4 peratus daripada jumlah penduduk negara berbanding penduduk Cina (24.6 peratus) dan India (7.3 peratus).
Sejarah politik negara luar malahan negara kita sendiri jelas membuktikan perpaduan dan penyatuan dalam kalangan kumpulan penduduk majoriti dalam sesebuah negara menjadi tiang dan asas dalam menjamin keselamatan serta keamanan negara berkenaan.
Kita sendiri melihat bagaimana kekurangan penyatuan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam Asia Barat mengundang rejim Yahudi untuk menekan umat Islam sehingga kehilangan wilayah, harta benda, nyawa malahan berterusan menderita.
Kestabilan politik
Malaysia juga sebenarnya tidak terkecuali daripada hakikat ini. Sekiranya kaum Melayu yang merupakan penduduk majoriti berpecah dalam beberapa kumpulan, pasti mereka akan menjadi lemah dan tidak berupaya menahan kuasa politik sekali gus akan menghadapi kesukaran dalam menjamin masa depan sendiri malahan zuriat atau anak cucu.
Lebih menakutkan, rakyat berbilang kaum turut sukar menikmati ketenteraman. Perpaduan dalam kalangan kaum Melayu sebagai penduduk majoriti di negara ini akan membantu menjamin kestabilan politik sekali gus kesejahteraan dan keamanan negara.
Pada hemat saya, walaupun dunia dilanda pelbagai masalah ekonomi, negara kita masih mencapai tahap kejayaan ekonomi yang memberangsangkan. Malah, firma-firma penarafan sedunia seperti Moody’s mengiktiraf negara berada dalam landasan yang betul kerana dasar ekonomi dan monetari yang efektif di bawah kepimpinan Najib.
Persoalanya kini, apakah rakyat negara ini masih ingin mempercayai dan yakin kepada dakwaan atau tohmahan liar dan tidak berasas kononya Malaysia menuju ke arah kehancuran dan perlu segera diselamatkan?
Rakyat sebenarnya sedar dan bersetuju apa juga dakwaan kekurangan atau kelemahan dalam pengurusan negara malahan tuduhan wujudnya penyelewengan dalam pengurusan dana kerajaan seperti didakwa pembangkang perlu disiasat dengan teliti, secara adil, tanpa prejudis serta berasaskan sumber-sumber maklumat, bukti dan fakta.
Benarlah kata pepatah 'Kelam disigi, lekung ditinjau', sesuatu perkara atau berita yang tidak jelas, berlandaskan andaian-andaian yang didorong oleh perasaan dengki dan berkepentingan hendaknya diselidiki dahulu sebelum membuat keputusan atau menjatuhkan hukuman.
*M.Periasamy merupakan penganalisis politik MIC dan pensyarah komunikasi strategik di Institut Penerangan dan Penyiaran Tun Abdul Razak (IPPTAR)
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Sun Mar 27 2016
PERIASAMY:'Melayu lemah jika sokong perhimpunan Tun M' - Gambar fail
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
AWANI Tonight: UN Human Rights calls for independent investigation on Gaza mass graves
The UN Human Rights calls for an independent and transparent investigation into the mass graves found in and around hospitals in Gaza, including the Nasser Hospital.
AWANI Tonight: The US Senate approves bill to ban TikTok
The US Senate has approved a controversial landmark bill that could see TikTok banned in America, with President Joe Biden saying he would sign it into law as soon as it reaches his desk.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
AWANI Tonight: 24 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.
UMNO-DAP: Pemimpin perlu tunjuk teladan, hindari kenyataan sensitif - Penganalisis
Pemimpin dalam parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada akar umbi demi mengekalkan kestabilan yang wujud.
'DAP jangan guris hati orang Melayu' - Ahmad Maslan
Pimpinan utama parti dalam Kerajaan Perpaduan diminta lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatiri boleh menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumiputera.