Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menafikan parti berkenaan ada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan calon Perdana Menteri, walaupun tarikh akhir pengumuman calon bakal berakhir malam ini.

Menerusi satu kenyataan, beliau memaklumkan komponen parti masih mengadakan perbincangan berkaitan perkara itu.

"Saya mengikuti beberapa laporan media berkait dengan calon Perdana Menteri dan ingin menegaskan kenyataan-kenyataan tersebut tidak berasas dan bukannya dikeluarkan oleh Pakatan Harapan mahupun Pakatan Harapan Plus.

BACA: Bersatu Pahang sokong Muhyiddin sebagai Presiden dan Perdana Menteri

BACA: Jalan terakhir tamatkan krisis politik, pulangkan kuasa memilih kepada rakyat


"Sementara kita menghormati pandangan serta komen-komen yang diberi pelbagai pihak, sayugia dimaklumkan perbincangan masih lagi dilakukan di antara komponen Pakatan Harapan dan rakan-rakan pembangkang," katanya dalam satu muat naik di Facebook Pakatan Harapan pada Selasa.

Saifuddin juga memaklumkan parti akan mengeluarkan kenyataan rasmi apabila keputusan muktamad sudah dicapai.

BACA: Mesyuarat Majlis Presiden PH: Semua pemimpin kunci mulut, enggan dedah perincian

BACA: Anwar dakwa PH, Warisan dan pasukan Dr Mahathir ada 107 sokongan