Teka-teki siapa Menteri Besar Selangor yang baharu dijangka diketahui pada Isnin iaitu semasa raptai majlis angkat sumpah jawatan itu di Istana Alam Shah, Klang.
Beberapa sumber dalaman Pakatan Harapan (PH) memberitahu, siapa di antara tiga nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disebut-sebut menjadi calon Menteri Besar Selangor akan terjawab pada majlis berkenaan.
Kata sumber itu lagi, nama yang dikatakan menjadi menteri besar itu adalah ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad, ADUN Sungai Tua, Amirudin Shari atau ADUN Seri Setia, Shaharudin Badaruddin.
Bagaimanapun, khabar angin kuat mengatakan sama ada Dr Idris atau Amirudin sahaja dijangka menjadi pengganti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sebuah portal sebelum ini melaporkan, Shaharudin mungkin tidak akan menerajui negeri kerana dia masih dalam sesi rawatan dansedang memulihkan diri dari sakit.
BACA: Dr Idris calon MB Selangor?
BACA: Air mata Azmin Ali, diiringi sendu Tengku Permaisuri
Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan nama Dr Idris diserahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Amirudin dan Shaharudin adalah ahli exco pentadbiran sekarang manakala Dr Idris seorang pakar obstetrik dan ginekologi.
Spekulasi tentang siapa Menteri Besar Selangor mula bertiup selepas Mohamed Azmin menerima pelantikan sebagai menteri hal ehwal ekonomi.
Mohamed Azmin dikekalkan sebagai menteri besar sehingga penggantinya mengangkat sumpah pada 19 Jun ini.
Beliau mengambil alih jawatan menteri besar pada 2014 dari Tan Sri Khalid Ibrahim yang berundur dalam krisis menteri besar.
Pada 18 Mei lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan senarai 15 menteri Kabinet termasuk menamakan Mohamed Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Mohamed Azmin turut mengangkat sumpah sebagai menteri Kabinet pada 21 Mei lalu.
Sultan Sharafuddin juga telah memberi perkenan kepada Mohamed Azmin selepas disembah maklum oleh Timbalan Presiden PKR itu bahawa beliau bersetuju untuk menerima jawatan menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan menerusi portfolio berkenaan.
Astro Awani
Sat Jun 16 2018
(Dari kiri) Dr Idris Ahmad, Amirudin Shari dan Shaharudin Badaruddin.
Enam ekor lembu mati dipercayai dibaham harimau belang
Seorang penternak terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 apabila enam ekor lembu peliharaannya mati dipercayai dibaham harimau belang.
AWANI Borneo [20/04/2024] - Tekad MADANI | Pusat aktiviti warga emas | Risiko habuk Gunung Ruang
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding
Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.
Kerajaan diminta segera buka jalan Serudung-Simanggaris
Naib Pengerusi GRS Tan Sri iew Yun Fah menganggap pembukaan jalan sempadan antarta Serudung, Kalabakan dan Semanggris, Indonesia akan memeri limpahan rezeki kepada penduduk Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
MOTS bekerjasama dengan pelbagai agensi selesaikan kes penumpang terkandas
Kementerian pengangkutan Sarawak (MOTS) akan terus bekerjasama dengan beberapa agensi dalam menyelesaikanisu penumpang terkandas akibat pembatalan penerbangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Letusan Gunung Ruang: Penduduk bergejala pernafasan diminta dapatkan rawatan segera
Pengarah JKNS Datuk Dr, Asits Sanna meminta orang ramai yang memiliki tanda dan gejala pernafasan agar segera mendapatkan rawatan kerana dibimbangi tersedut debu Gunung Berapi Ruang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.
Pusat Jantung Negara akan diwujudkan di Sabah dengan peruntukan segera RM80 juta - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM80 juta bagi menaik taraf Hospital Queen Elizabeth II kepada Hospital Pakar Jantung.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Ekonomi Sabah di landasan tepat - Hajiji
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan GRS berjaya meletakkan Sabah di landasan betul dengan pertumbuhan positif ekonomi negeri itu sejak tiga tahun lalu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).