Mesyuarat perwakilan dan pemilihan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bermula serentak di 191 bahagian pada 9 pagi ini.
Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan memilih kepimpinan peringkat bahagian dan pusat menerusi dua kertas undi berbeza dalam mesyuarat berasingan yang akan berlangsung pada sebelah pagi.
Kertas undi pertama adalah untuk pemilihan ketua, naib ketua dan 15 exco sayap peringkat bahagian manakala satu lagi kertas undi untuk memilih kepimpinan sayap pusat bagi jawatan pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, ketua, naib ketua dan 25 exco sayap.
Bagi sayap Pergerakan Wanita UMNO, seramai tiga tokoh layak bertanding untuk jawatan Ketua Wanita, iaitu Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Azizah Mohd Dun sementara empat lagi dicalonkan bagi Naib Ketua Wanita.
Seramai 81 calon bertanding untuk jawatankuasa, dua calon bagi jawatan Pengerusi Tetap Wanita, manakala empat lagi bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap.
Bagi Pergerakan Pemuda UMNO, seramai 207 calon bertanding dengan pecahan dua Pengerusi Tetap, tiga Timbalan Pengerusi Tetap, sembilan bagi jawatan Ketua Pemuda dan sembilan lagi bagi jawatan Naib Ketua Pemuda manakala selebihnya adalah calon untuk jawatankuasanya.
Sembilan individu disenaraikan bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda termasuk Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun, anggota Majlis Tertinggi Datuk Dr Asyraf Wadji Dusuki, Ketua Pemuda Pahang Mohd Shahar Abdullah serta Ketua Bahagian Sungai Besar yang kontroversi Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Bagi jawatan Ketua Puteri pula menyaksikan persaingan antara Naib Ketua Puteri Datuk Zahida Zarik Khan dan exco Puteri Nor Hazreena Mohamad Hashim.
Seramai lima calon lain akan merebut jawatan Naib Ketua, 71 calon akan bertanding sebagai anggota jawatankuasa dan dua calon untuk jawatan Pengerusi Tetap.
Jawatan Timbalan Pengerusi Tetap pula dimenangi Salbiah Saari selepas muncul sebagai calon tunggal untuk jawatan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 23 2018
Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan memilih kepimpinan peringkat bahagian dan pusat menerusi dua kertas undi berbeza dalam mesyuarat berasingan yang akan berlangsung pada sebelah pagi. - Gambar fail
Lelaki didakwa ambil dadah, curi kenderaan, langggar mati warga emas
Lee Han Chai, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Pengarah syarikat umrah Emraz didakwa di mahkamah gagal bayar tuntutan
Syarikat pengendali umrah dan pengarahnya didakwa atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia membayar balik tuntutan wang kepada lapan mangsa.
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Empat lelaki belasah pelajar ditahan
Seramai empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan pelajar di hadapan sebuah sekolah, pada Khamis lalu.
Perancis arah PBB segerakan gencatan senjata di Gaza
Duta Besar Perancis ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menempelak Majlis Keselamatan PBB yang masih belum capai keputusan menamatkan konflik di Gaza.
Stoking kalimah Allah: Agong murka, titah tindakan keras terhadap pelaku
Baginda bertitah mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
Dua pengarah syarikat didakwa gagal patuhi perintah tribunal
Sebuah syarikat pengendali umrah didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award tribunal tuntutan pengguna Malaysia.
Agong kurnia darjah kebesaran kepada 33 individu
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 33 individu sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 di Istana Negara.
[TERKINI] Sultan Ibrahim murka isu penjualan stoking tertera kalimah Allah
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan sarung kaki atau stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.
Ringgit berada pada kedudukan pertama selepas langkah koordinasi kerajaan, BNM dilaksana - Amir Hamzah
Ringgit berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau selepas langkah-langkah koordinasi antara kerajaan, BNM, GLIC serta GLC.
Isu 6 Ahli Parlimen Bersatu sokong Anwar akan dibincang dalam mesyuarat - Razali
Sehingga kini, enam Ahli Parlimen Bersatu telah menyatakan sokongan kepada Anwar.
Tiada mesyuarat khas bincang pelantikan Yang Dipertua Negeri baharu - Pejabat Premier Sarawak
Pejabat Premier Sarawak ambil maklum mengenai laporan media yang menyatakan bahawa terdapat mesyuarat khas bagi membincangkan perkara itu.
PBB akan adakan mesyuarat bincang kenaikan aras laut
PBB menerima pakai resolusi untuk mengadakan mesyuarat peringkat tinggi bagi membincangkan isu mengenai ancaman kenaikan aras laut.
Mesyuarat meja bulat pada Oktober bincang isu, cabaran industri perabot negara - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata perkara itu antara yang diputuskan menerusi pertemuannya dengan Ahli Majlis Perabot Malaysia dan Persatuan Perabot Muar hari ini.
Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat diadakan 26 November ini
Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menetapkan Persidangan Agung Tahunan 2023 parti itu akan diadakan pada 26 Nov ini.
Anwar tiba di Ibu Pejabat UMNO selepas 25 tahun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sebentar tadi.
Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja selesai
Pra-Mesyuarat berkenaan diadakan sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang akan bersidang secara rasmi selama dua hari, bermula esok.
Majlis Raja-Raja adakan mesyuarat, bincang isu semasa dan cabaran mendatang
Pra-mesyuarat (pre-council) dijangka bermula sekitar jam 10 pagi hari ini.
Esok PM bermesyuarat dengan jabatan, agensi kerajaan fokus isu kos sara hidup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan mesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan di Putrajaya esok dengan memfokus kepada isu kos sara hidup yang menekan rakyat.
Mesyuarat berkaitan siasatan gangguan bekalan elektrik mula diadakan
Mesyuarat tersebut melibatkan Suruhanjaya Tenaga sebagai badan bebas, pasukan daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan TNB sendiri.