Mohd Zawawi Ahmad Mughni dinamakan sebagai calon yang dipertaruhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis akan datang.
Pemilihan Mohd Zawawi itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Majlis Pelancaran Jentera PKR di Padang Rakyat, Jalan Kebun di sini pada Khamis.
Menurut Mohd Zawawi, 48 tahun, beliau bersyukur dengan mandat yang diberikan untuk meneruskan perjuangan Pakatan Harapan di DUN N.49, Sungai Kandis.
“Saya akan meneruskan perjuangan Allahyarham Mat Shuhaimi Shafie untuk memastikan infrastruktur di sini terbela," katanya ketika ditemui pemberita selepas namanya diumumkan sebagai calon PKR bagi PRK DUN tersebut.
“Saya pernah bekerja rapat dengan beliau dan saya yakin penduduk di sini memerlukan pembelaan dan saya akan cuba menjadi pemimpin yang lebih baik,” katanya yang juga merupakan Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun.
Sementara itu, Dr Wan Azizah yakin dengan pencalonan Mohd Zawawi bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.
Mohd Zawawi juga merupakan Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR Pusat serta AJK Biro Pendidikan PKR Pusat.
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong berikutan penyandang kerusi berkenaan, Mat Shuhaimi daripada PKR, meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian dan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon.
Nursyazwani Saiful Sham
Thu Jul 19 2018
Pemilihan Mohd Zawawi itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Majlis Pelancaran Jentera PKR di Padang Rakyat, Jalan Kebun di sini pada Khamis. - Foto Astro AWANI
Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan pada Sabtu
Giliran bagi delegasi Malaysia ke non violence training dijadualkan pada Sabtu waktu tempatan.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Terhad dan tiada tambah baik bantuan Gaza oleh Israel - PBB
Komitmen Israel untuk meningkatkan akses bantuan di Semenanjung Gaza adalah 'terhad dan kadang-kala tiada'.
[TERKINI] A.S veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Amerika Syarikat menghalang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengiktiraf negara Palestin dengan memberikan veto dalam Majlis Keselamatan untuk menafikan keahlian penuh Pihak Berkuasa Palestin dalam badan dunia itu.
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara
Peperiksaan bertulis SPM 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Abang Johari hargai PH tidak letak calon di Jepak
Keputusan itu memberi isyarat bahawa GPS ialah wadah yang tepat dan berupaya mempertahankan hak rakyat Sarawak.
PRK Jepak: GPS pilih bekas Pengarah AADK sebagai calon
GPS mengumumkan bekas Pengarah AADK Iskandar Turkee sebagai bakal calon mereka PRK DUN Jepak.
Keputusan SPMU pada 12 Okt
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan 12 Okt ini.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.
PRK DUN Pelangai: BN Pahang senaraikan enam calon berkaliber
Difahamkan antara nama yang berada dalam senarai tersebut adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong, Datuk Jamaludin Buyong.
PRN: Lebih 9.67 juta pengundi di enam negeri mengundi hari ini
Lebih 9.67 juta pemilih akan keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat kawasan masing-masing untuk tempoh lima tahun akan datang.