Warna Biru muda, hijau dan biru tua.

Lautan penyokong daripada tiga parti berbeza sudah mula kelihatan di sekitar dan luar perkarangan Dewan Al Muneerah, Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya.

Lebih kurang pukul 7.45 pagi, tidak disangka-sangka, Parti Keadilan Rakyat (PKR) antara yang terawal sampai.

Menyaksikan calonnya, Datuk Ir. Dr. Nor Irwan Ahmat Nor memilih persalinan biru muda dan bersongket kemas.

Paras rupa yang dikatakan seiras penyanyi ND Lala ini nampaknya tersenyum manis bersongkok hitam sambil memegang botol air kosong ditangan.



Jurutera berusia 42 tahun ini tidak berseorangan kerana diapit pencadang, Baharuddin @ Din Syah Mukhsen dan penyokong Aman Taha yang memakai baju melayu bewarna merah cili.

Sokongan padu daripada tiga ribu lebih penyokong bagi calon baharu daripada PH-PKR ini tidak lengkap jika tiada laungan azimat mereka.

PAS pula beraksi

Seterusnya, lebih kurang 40 penyokong PAS tiba di laluan sebelah kiri.

Mengikut cakap-cakap dan perkongsian daripada wartawan tempatan, jika nampak bendera di sebelah kiri, maknanya memang ada penyokong PAS yang tinggal di situ.

Kali ini PAS Sarawak catat sejarah kerana menonjolkan calon baharu dan termuda dalam partinya.

Hamdan Sani, 31 tahun berasal dari Kampung Samariang Jaya mudah untuk dikenal.



Dia yang berkopiah putih hijau, bercermin mata memilih kain rentang bersaiz sederhana untuk digantung dilehernya.

Kerjayanya kini merupakan Pengarah Institut Perguruan PASTI Malaysia Negeri Sarawak.

Kiri dan kanan Hamdan diapit rapat dua lelaki yang sama muda sepertinya.

Maka betul la tekaan.

Penyokong Hamdan baharu berusia 24 tahun, Asyraf Saupi sementara pencadang pula, Syamsul Bahrie Mohammad 31 tahun.

Bendera PBB berkibar tinggi

Lapan minit kemudian, kedengaran bunyi di sebelah kanan pula.

Yang paling dinanti-nanti.

Kemunculan Datuk Seri Fadillah Yusof daripada parti Parti Bumiputera Bersatu (PBB) untuk Barisan Nasional baru tiba.

Beliau tidak keseorangan kerana ditemani sebentar oleh Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg.



Kedudukan laluan bagi BN adalah ditengah tengah jalan besar menuju ke Gita , Pinang Jawa atau jalan alternatif ke Matang Jaya mahupun Satok.

Istimewanya, beliau yang bersampin labuh sehingga ke lutut mendapat ucapan 'all the best' daripada penyokongnya yang gigih mengibarkan bendera PBB dan BN secara serentak.

Panas terik tidak jadi penghalang

Seperti yang diramalkan Jabatan Meteorologi pada Jumaat, Petra Jaya merupakan 18 daripada kawasan parlimen di Sarawak yang alami cuaca mendung pada awal pagi.

Antaranya, Mas Gading, Stampin, Mambong, Batang Sadong, Betong, Sarikei, Kanowit, Sibu, Selangau, Santubong, Bandar Kuching, Kota Samarahan,, Serian, Batang Lupar, Saratok, Julau dan Lanang.

Selesai dengan aman

Alhamdulillah, suasana di sekitar pusat penamaan calon terkawal rapi dengan bantuan 60 pegawai
Polis DiRaja Malaysia, PDRM dan petugas RELA.

Akhirnya, tepat jam 11 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Petra Jaya, Jumaini Haili menerima kertas penamaan calon calon yang bertanding.

Alhamdulillah, suasana di sekitar pusat penamaan calon terkawal rapi dengan bantuan 60 pegawai Polis DiRaja Malaysia dan petugas RELA.

Akhirnya, tepat jam 11 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Petra Jaya, Jumaini Haili menerima kertas penamaan calon calon yang bertanding.



Kesemua calon telah mengemukan kertas kertas penamaan masing masing seperti berikut dan layak bertanding.

1. Datuk Seri Fadillah Yusof (BN-PBB) 9.00 pagi
2. Hamdan Sani (PAS) 9.01 pagi
3. Datuk Ir. Dr. Nor Irwan Ahmat Nor (PKR) 9.02 pagi

Barisan calon BN, Pas dan PKR untuk kerusi Parlimen Petra Jaya.