Muafakat Nasional hari ini menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu kenyataan bersama, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, satu mesyuarat telah diadakan hari ini yang dihadiri oleh kedua-dua Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Setiausaha Agung kedua-dua parti.

"Selari dengan keputusan itu, semua Ahli Parlimen UMNO dan PAS memberikan sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia," kata mereka dalam kenyataan di sini, malam ini.

-- BERNAMA