Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu melaksanakan peranannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dengan membantu tugas presiden dan mempamerkan kesetiaan serta sokongannya kepada parti, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Sebagai timbalan presiden, katanya Muhyiddin tentu tahu bahawa tugas beliau bukan untuk melemahkan kepimpinan presiden dengan membuat kenyataan yang boleh membawa kepada timbulnya spekulasi dan kekeliruan yang tidak sepatutnya.
Menurutnya sebagai ahli politik berpengalaman, Muhyiddin sepatutnya amat arif tentang perlembagaan UMNO yang menggariskan tugas timbalan presiden parti.
"Tugas beliau bukanlah untuk melemahkan atau menggoyahkan perahu. Ucapannya di Pagoh baru-baru ini boleh menimbulkan spekulasi bahawa ia merupakan satu lagi cubaan Muhyiddin untuk memandang rendah dan melemahkan kepimpinan Perdana Menterinya (Datuk Seri Najib Razak)," kata Salleh dalam catatan terbaharu
dalam laman blognya sskeruak.blogspot.my.
BACA: Selesaikan isu dalaman politik negara segera - Muhyiddin
Salleh berkata Muhyiddin ialah timbalan presiden UMNO dan presiden beliau ialah Perdana Menteri Malaysia iaitu pemimpin negara ini.
"Saya berharap ucapan itu difahami dari luar konteksnya.
"Tapi, jika tidak demikian, dan tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk memandang rendah kepimpinan presidennya, maka beliau tidak memiliki kualiti untuk menjadi seorang pemain secara berpasukan.
"Dan, keputusan perlu dibuat sama ada oleh beliau sendiri atau parti untuk menghentikan sama sekali semua speklulasi tentang pendiriannya itu," kata beliau.
Bernama
Thu Feb 11 2016
Salleh berkata ucapan Muhyiddin (kiri) di Pagoh boleh menimbulkan spekulasi bahawa ia merupakan satu lagi cubaannya untuk memandang rendah dan melemahkan kepimpinan Najib (kanan). - Foto AFP/Fail
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Fokus Minggu Depan: Perang Iran-Israel: Perkembangan seterusnya?
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai perkembangan perang Israel-Iran yang ketika ini menggegarkan Asia Barat.
Data sekolah di Singapura diceroboh
Kementerian Pendidikan semalam mengesahkan berlaku pelanggaran data di salah satu vendornya mengakibatkan 'akses tidak dibenarkan' bagi nama dan alamat e-mel ibu bapa dan kakitangan lima sekolah rendah dan 122 sekolah menengah.
87 maut, 82 cedera akibat hujan lebat berterusan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 87 orang maut dan 82 yang lain cedera dalam insiden dicetuskan hujan di Pakistan sejak minggu lalu ketika hujan lebat terus melanda beberapa bahagian negara itu, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), semalam.
Pertempuran sengit paksa 200 orang lari ke Thailand
Pertempuran bertambah sengit di sempadan timur Myanmar dengan Thailand hari ini, memaksa kira-kira 200 orang awam melarikan diri ketika pemberontak mengusir tentera junta yang bersembunyi di lintasan sempadan jambatan.
Liga Hoki Selangor TNB-QNET kembali dipertandingkan tahun ini
Selepas lima tahun menyepi, Liga Hoki Selangor TNB-QNET (SHL) akan kembali dianjurkan bermula hari ini hingga 2 Jun depan dalam usaha mencungkil bakat baru sukan hoki di tanah air.
Bio-Home lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew di Kota Kinabalu.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Penghantar makanan, kanak-kanak dua tahun maut nahas jalan raya
Seorang wanita dan anaknya yang berusia dua tahun maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10.2 Jalan Batu Caves menghala ke Selayang, malam Jumaat.