Mursyidul Am PAS yang baharu, Hashim Jasin bersedia menggunakan pengalaman luasnya dalam dunia politik bagi menggalas tanggungjawab yang diberi dengan penuh amanah.
Hashim, 77, yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Perlis, berkata tugas yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan baik terutamanya bagi membantu Majlis Syura sama ada dalam soal kepartian atau hukum syarak.
"Saya akan cuba buat semampu mungkin. Sebenarnya saya masih terkejut dengan pelantikan semalam kerana saya sendiri hadir dalam mesyuarat itu dan tidak menjangka akan dilantik.
"Bagi saya, semua dalam Majlis Syura layak menjadi Mursyidul Am kerana masing-masing mempunyai pengalaman dan tanggungjawab berat selama ini. Dengan jaminan ahli Majlis Syura, kami akan bersedia membantu satu sama lain," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Majlis Syura Ulamak PAS menerusi mesyuarat yang diadakan di Pejabat Agung PAS semalam sebulat suara memilih dan melantik Hashim sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
Allahyarham Haron meninggal dunia bulan lepas kerana komplikasi jantung di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat.
Hashim merupakan antara pemimpin PAS paling kanan dan mempunyai kelulusan Ijazah Pertama Sastera Arab dan Perundangan Islam dari Universiti Baghdad Iraq selain pernah menjadi Anggota Parlimen Arau dalam pilihan raya kecil pada 1998, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang (1999 hingga 2013) dan Pesuruhjaya PAS Perlis (1991-2013). -- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2016
HASHIM: Bagi saya, semua dalam Majlis Syura layak menjadi Mursyidul Am kerana masing-masing mempunyai pengalaman dan tanggungjawab berat selama ini. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Saranan hidupkan semula kerjasama UMNO-Pas melalui MN tidak ikhlas - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan saranan Pas supaya kerjasama antara kedua-dua parti melalui Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai tidak ikhlas.
Mursyidul Am Pas nasihatkan Sanusi jaga ucapan
Hashim berkata, Sanusi perlu memastikan apa yang diucapkan tidak menyentuh sensitiviti berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) hingga menimbulkan kontroversi.
Isteri Mursyidul Am Pas meninggal dunia
Isteri kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada petang Khamis.
Pilihan Tun Mahathir tidak tepat - Mursyidul Am Pas
Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menganggap pilihan Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) sebagai tidak tepat.
Rundingan 'gelap' Pas-UMNO, itu dianggap tidak rasmi - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata sekiranya perbincangan atau rundingan itu dilakukan secara individu, maka ianya bukan dianggap rasmi buat UMNO.
Pas tidak terdesak kerjasama dengan UMNO - Mursyidul Am
Sejak 1951, Pas sudah melalui pelbagai tekanan selain pernah berjuang secara solo selain berpakat dengan gabungan lain dalam pilihan raya.
Pas sentiasa buka ruang kerjasama, tapi jangan tikam belakang - Mursyidul Am
Tegasnya, kebaikan Pas perlu dibalas dengan tindakan yang memberi manfaat kepada kesepakatan umat.
'Hubungan Pas-MN, ibarat kita duduk baik dengan bini kita' - Idris
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad memberi gambaran bahawa hubungan partinya masih baik bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).
Ini menggemparkan, Khairuddin janji tidak akan tinggalkan Pas - Mursyidul Am Pas
Ditanya jika dia akan cuba memujuk Khairuddin untuk menarik balik permohonannya, Hashim berkata ia bergantung kepada keadaan.
Bekas ADUN Sanglang meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Perlis Karim Salleh meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira 12.24 tengah hari tadi.