Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diaju 17 soalan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak terus menuding jari terhadap dirinya dalam isu menyentuh hal ehwal ekonomi negara.

Bekas perdana menteri itu mengemukakan soalan itu dengan alasan mahu membantu Setiausaha Agung DAP itu dan orang ramai untuk memahami fakta serta kebenaran mengenai isu berkaitan kewangan negara.

Menerusi entri Facebook, antara soalan dibangkitkan adalah sejauh mana kebenaran kerajaan hilang RM30 bilion atau lebih, bagi pendapatan tahun ini berikutan pelaksanaan sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selama tiga bulan, serta pengenalan semula subsidi menyeluruh selepas pilihan raya umum ke-14.

BACA: 'Najib, mengaku sahajalah kerajaan dahulu boros!' - Guan Eng


Selain itu, Najib turut bertanya adakah benar Malaysia satu-satunya negara dalam sejarah dunia yang menghapuskan GST dan kembali kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Najib turut menyentuh mengenai kenaikan harga barang selepas SST dilaksanakan.

Bagaimanapun katanya Guan Eng tidak akan berani atau jujur untuk menjawab soalan dikemukakan dan beliau terpaksa bangkitkan bagi memberi kefahaman kepada rakyat.