Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas UMNO yang bakal berlangsung pukul 8 malam ini dijangka memutuskan nasib dua tokoh, timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal.
Mesyuarat itu dilihat signifikan kerana ia bukan lagi persoalan sama ada Muhyiddin boleh menyampaikan ucapan semasa sesi penggulungan, tetapi lebih kepada nasib beliau di dalam parti terbesar orang Melayu itu.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa telah memberi bayangan apa yang menanti Timbalan Presiden UMNO itu.
Tengku Adnan dilaporkan berkata Muhyiddin dilihat telah melampaui batasan ketika berucap di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada malam Isnin.
Kata beliau, Muhyiddin boleh hilang jawatan akibat daripada sikap serta perbuatan tersebut.
"Beliau mungkin hilang jawatannya dan ia bergantung kepada keputusan Lembaga Disiplin," kata Tengku Adnan.
Malah, bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga tidak menghadiri majlis Taklimat Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Selasa malam.
Bagaimanapun, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang turut digugurkan dalam rombakan Kabinet pada Julai lalu, menghadiri taklimat berkenaan.
Astro Awani
Wed Dec 09 2015
Mesyuarat itu dilihat signifikan kerana ia bakal menentukan nasib Muhyiddin (gambar) di dalam parti. -Gambar fail/Shahir Omar
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
Nasib Muhyiddin, Shafie diketahui malam ini
Mesyuarat itu dilihat signifikan kerana ia bukan lagi persoalan sama ada Muhyiddin boleh menyampaikan ucapan semasa sesi penggulungan, tetapi lebih kepada nasib beliau di dalam parti.