Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Pengerusi DAP negeri itu, Nga Kor Ming adalah pemimpin yang tidak berintegriti kerana sering melakukan pelbagai penipuan mengenai tadbir urus kerajaan negeri terutama berhubung prestasi Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Perak.
Menurutnya, tuduhan dan tohmahan yang sering dilemparkan Nga serta pemimpin parti itu terhadap kerajaan negeri hanya bertujuan untuk mengelirukan rakyat negeri ini.
"Saya rasa tidak perlu saya layan dia lagi kerana dia telah berbohong dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai pelbagai isu termasuk MB Inc dan bertindak sedemikian kononnya dialah manusia paling berintegriti," katanya.
Zambry bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mahabbah Bersama Institusi Agama Islam Negeri Perak Daerah Hilir Perak sempena program Pemukiman Menteri Besar di Hilir Perak di Masjid Simpang Empat, Chenderong Balai di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Nga yang mencabarnya supaya mendedahkan secara terperinci butiran mengenai prestasi MB Inc Perak meliputi aset, jumlah hutang, status projek dan tender dalam tempoh 24 jam.
ZAMBRY-NGA 2 (AKHIR) TELUK INTAN
Nga mendakwa tindakan itu perlu dilakukan berikutan kesemua persoalan yang dibangkitkan beliau dalam persidangan DUN Perak baru-baru ini gagal dijawab kerajaan negeri kerana telah dihalang atas perintah yang dikeluarkan Speaker DUN, S Thangesvari.
Dalam perkembangan lain, Zambry berkata acara berunsurkan keagamaan yang dianjurkan di setiap program pemukiman bertujan untuk menggalakkan penyertaan golongan belia menyertai majlis kerohanian dan kesihatan.
Beliau berkata sebagai contoh, program Fit Masjid yang dianjurkan memberi perspektif kepada golongan belia bahawa untuk cergas, ia tidak tertumpu kepada aspek penjagaan kesihatan semata-mata tetapi lebih tertumpu kepada aspek kerohanian.
"Kita wujudkan program sebegini supaya ia dapat mengelakkan anak muda terjebak dengan gejala negatif serta fahaman ektremis yang boleh menjuruskan mereka dengan perkara tidak baik dan tidak memberi manfaat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2017
ZAMBRY: Dia telah berbohong dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai pelbagai isu.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.
UMNO-DAP: Pemimpin perlu tunjuk teladan, hindari kenyataan sensitif - Penganalisis
Pemimpin dalam parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada akar umbi demi mengekalkan kestabilan yang wujud.