Pakatan Harapan (PH) akan menunaikan janji-janji manifesto semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Beliau berkata tempoh Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan sebagai perdana menteri tidak seharusnya menjadi isu kerana Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun menyatakan sokongannya terhadap pelantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.
"Tugas PH sekarang ialah untuk berkhidmat kepada rakyat setelah rakyat memilih PH sebagai kerajaan pada PRU14 yang lepas. Kita harus akur dengan keputusan dibuat Dr Mahathir dalam meneruskan agenda negara," katanya hari ini.
Nurul Izzah yang juga wakil rakyat kerusi Parlimen Permatang Pauh berkata tumpuan utama PH kini ialah menguruskan pentadbiran negara dan menyelesaikan pelbagai isu yang melanda.
"Rakyat telah meletakkan harapan tinggi kepada PH dan adalah tugas kami untuk memikul tanggungjawab itu dan melaksanakan janji-janji yang dibuat dalam manifesto PH untuk kesejahteraan rakyat," katanya.
Menjawab dakwaan bahawa kemenangan PH pada PRU14 kerana lemparan fitnah kepada parti lawan, Nurul Izzah berkata dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana media arus perdana telah dikawal oleh kerajaan terdahulu (Barisan Nasional).
"Saya sendiri dituduh sebagai pengganas ketika insiden pencerobohan Lahad Datu di Sabah, saya membawa tuduhan fitnah itu ke mahkamah dan menang kes fitnah tersebut," katanya.
Mahkamah Tinggi pada 18 April lepas membenarkan saman yang difailkan Nurul Izzah terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu Naib Presiden PKR itu bergambar bersama-sama Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III.
Mengulas mengenai amalan lompat parti, Nurul Izzah berkata demokrasi berada pada tahap parah di bawah kepimpinan terdahulu dan undang-undang dilihat bersifat 'draconian' sehingga menyebabkan amalan lompat parti itu berlaku.
"Contohnya seperti Akta Antiberita Tidak Benar, PH akan memansuhkannya tetapi pihak media harus bersikap bertanggunjawab serta mengamalkan etika kewartawanan dengan menjaga sensitiviti agama dan kaum," katanya.
Nurul Izzah berkata Malaysia juga perlu ada pembangkang yang kuat dalam memastikan ada semak dan imbang selain pendapat pembangkang juga akan diambil kira kerana ada beberapa dasar yang diperkenalkan kerajaan terdahulu yang bagus dan boleh dibaiki.
Mengakhiri temu bual itu, beliau berkata anggota PH harus sentiasa mendekati rakyat dan memberi perhatian terhadap keperluan mereka selain perlu kekal relevan dengan menyediakan dasar kerajaan yang terbaik dalam ekonomi, politik dan sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 16 2018
NURUL IZZAH: Tugas PH sekarang ialah untuk berkhidmat kepada rakyat.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Palestin - Duta Malaysia ke Turki
Pendirian Malaysia dalam isu melibatkan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza kekal tegas di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.