Satu berita palsu tersebar menerusi media sosial menyatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) bakal memansuhkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah tidak benar.

Perkara itu disahkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi perkongsian di laman Facebook dan Twitternya sebentar tadi.

Mesej yang tular di media sosial yang menyatakan Pakatan Harapan (PH) bakal memansuhkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai langkah penjimatan wang rakyat.

Mesej ringkas itu menyebut bahawa pemansuhan itu adalah sebahagian daripada manifesto PH sebagai langkah penjimatan wang rakyat.

Kenyataan sama juga menyebut bahawa pemansuhan itu akan membolehkan peruntukan yang dikhaskan untuk universiti bumiputera itu diagihkan kepada semua universiti kerajaan Pakatan Harapan.