Parti Bersatu memang rasis - Dr Mahathir

Parti Bersatu memang rasis - Dr Mahathir
Dr Mahathir mengakui parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan parti rasis. -Astro AWANI/Diyana Ibrahim
BINTULU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan parti rasis.

Namun, katanya, ia tidak bermakna Bersatu memusuhi parti lain yang tidak berasaskan kaum seperti PKR, DAP dan Amanah.

“Kita tahu Bersatu ini ialah parti rasis, parti terhad kepada peribumi saja termasuk Melayu,” katanya dalam majlis pelancaran Bersatu Sarawak di Dewan Suarah, Bintulu.
Berkata di hadapan kira-kira 2,000 ahli Bersatu Sarawak, beliau menjelaskan mengapa parti itu mengehadkan penyertaan satu kaum sahaja.

Jelas beliau, hanya Pribumi saja yang dapat membela nasib kaum tersebut.

“Sebab orang peribumi sedar mereka masih rasa tidak senang dengan taraf hidup, kemajuan.

“Oleh itu, mereka masih berpendapat hanya parti Pribumi saja yang boleh berjuang melindungi hak mereka,” kata Dr Mahathir.

Bersatu melancarkan partinya secara rasmi di Sarawak malam tadi.


Tag: Mahathir Mohamad, PPBM, bersatu, Pribumi Bersatu Malaysia, Pribumi, Bersatu Sarawak


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.