Parti berunsur Islamik agak sukar untuk bertapak di Sarawak kerana ideologi yang dibawa dilihat tidak serasi dengan pemahaman dan gaya hidup masyarakat di negeri itu, menurut penganalisis politik.
Mereka berpendapat usaha PAS ataupun parti serpihan PAS, Amanah, untuk memperlihatkan kekuatan masing-masing dalam meraih undi terutama dalam kalangan umat Islam agak sukar jika mereka menggunakan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan pada tahun depan.
Pensyarah kanan pengajian komunikasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Jeniri Amir berkata imej dan reputasi PAS yang dilihat bersifat ekstrem bagi penduduk Sarawak akan menjadi halangan utama parti itu memenangi kerusi pada PRN Sarawak.
Beliau berkata ini adalah kerana imej parti Islam itu tidak serasi dengan komposisi dan demografi masyarakat pelbagai etnik di Sarawak, kerana hanya kira-kira 28 peratus sahaja penduduk di negeri itu beragama Islam.
"Jangan harap pengundi Islam juga cenderung memilih PAS," katanya kepada Bernama di sini.
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Abdul Halim Sidek menegaskan PAS dan Amanah tidak akan mampu memperoleh kemenangan dalam PRN Sarawak.
Tidak sesuai
Sambil menyifatkan usaha mereka mungkin akan menjadi sia-sia, beliau berkata pilihan raya negeri itu tidak sesuai menjadi platform percubaan bagi Amanah terutamanya untuk mencuba nasib memenangi kerusi pertama parti itu.
Beliau berpendapat adalah lebih baik Amanah menguji kemampuan parti itu pada pilihan raya kecil daripada PRN kerana PRN penting dalam membentuk kerajaan negeri.
Abdul Halim berkata kemampuan Pakatan Harapan juga dilihat kurang menyerlah pada PRN Sarawak akan datang kerana rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap perjuangan yang dibawa oleh gabungan itu.
"Pakatan Harapan hanya akan tinggal harapan sahaja pada pilihan raya negeri Sarawak nanti," katanya.
PAS Sarawak baru-baru ini mengumumkan mahu bertanding sekurang-kurangnya di 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Sarawak akan datang.
Antara kerusi yang bakal ditandingi PAS ialah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang, Samariang, Pantai Damai, Jepak, Samalaju, Lambir, Senadin, Batu Kawa dan Dudong.
Tanding kerusi
Sementara Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah pula dikatakan akan hanya berbincang mengenai kerusi yang akan ditandingi di PRN Sarawak pada bulan depan.
Pada pilihan raya negeri ke-10 pada Mac 2011, PAS kalah di kesemua lima kerusi DUN yang ditandinginya.
Dalam pada itu, Jeniri berkata pendirian teguh PAS untuk bertanding menunjukkan keyakinan mereka tinggi walaupun ruang untuk menang hanya di kawasan majoriti masyarakat Melayu Melanau yang dikuasai Barisan Nasional (BN) melalui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Menyentuh mengenai BN, beliau berkata walaupun populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem tinggi dari segi kajian beliau iaitu sekitar 84 peratus, ia sukar diterjemahkan atas kertas undi disebabkan masalah dalaman antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).
Jeniri berkata masalah dalaman antara parti-parti komponen BN ini perlu diselesai dalam tempoh terdekat.
BN Sarawak kini dianggotai PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Bernama
Sat Dec 26 2015
ABDUL HALIM: PAS dan Amanah tidak akan mampu memperoleh kemenangan dalam PRN Sarawak.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Parti berunsur Islamik agak sukar bertapak di Sarawak - Penganalisis
Imej parti Islam tidak serasi dengan komposisi dan demografi masyarakat pelbagai etnik di Sarawak, kerana hanya kira-kira 28 peratus penduduk di negeri itu beragama Islam.