Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis menyamakan hubungan Pas dan UMNO sebagai ‘adik-beradik’.

Beliau berkata demikian apabila ditanya media mengenai langkah Pas memberi laluan kepada UMNO dengan tidak meletakkan calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

“Memang dia adik beradik,” ujarnya ringkas, ketika ditemui pemberita di Majlis Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, di sini hari ini.

PRK Sungai Kandis secara rasminya bermula hari ini dengan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Parti Keadilan Rakyat PKR (PKR), Barisan Nasional (BN) dan Bebas.

Ketiga-tiga calon layak untuk bertanding selepas nama mereka diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PRK Sungai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad kira-kira pukul 10 pagi.

BACA: Pertembungan tiga penjuru di PRK Sungai Kandis