Pas Kedah akan mempertimbangkan pelaksanaan hukuman sebat dalam manifesto parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 akan datang.

Menurut Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, perkara itu bagaimanapun terserah kepada Jawatankuasa Manifesto untuk menentukan kewajarannya atau membuat cadangan semula.

“Maksudnya kita akan meneliti dan membahaskan manifesto berkenaan sesuai dengan realiti masyarakat yang ada di Kedah,” katanya selepas hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kedah di Kompleks Pas Kedah di sini hari ini.

Menurutnya lagi, setiap manifesto yang akan ditawarkan kepada rakyat negeri itu akan diteliti serta dibahaskan terlebih dahulu sekiranya sesuai dengan realiti masyarakat yang ada di Kedah.

Namun, jika cadangan itu beri kesan sebaliknya, ia akan ditangguh dahulu.