Perang persepsi bagi menawan hati pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti bukan hanya tanggungjawab Ketua Penerangan sahaja.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana hampir semua ahli memiliki gajet atau telefon pintar.

"Hampir semua memiliki akaun media sosial. Jadi, pendapat bahawa perang persepsi ini hanya tanggungjawab Ketua Penerangan di peringkat pusat atau negeri ataupun Jabatan Penerangan adalah tidak betul.

"Kini, semua harus mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan persepsi dan membalas fitnah yang dilontarkan," katanya.

BACA: PAU2017: Politik 'kotor' pembangkang lebih agresif menjelang PRU-14 - Najib

TONTON: Wanita UMNO tampil agresif berdepan perang persepsi

Beliau berkata demikian selepas melawat Laman Media di Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).