Selepas lapan hari krisis politik melanda negara, akhirnya segala persoalan mengenainya terungkai apabila Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kelapan pagi tadi.
Kebanyakan parti menyatakan sokongan terhadap pelantikan itu dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) berpendirian memilih untuk kekal neutral dan tidak menjadi sebahagian daripada mana-mana gabungan politik, bebas dan tidak terlibat dalam semua urusan dan ketidaktentuan politik.
"PBS kekal mesra kepada kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri baharu dan menyokong semua langkah baik yang akan memanfaatkan Malaysia, terutamanya rakyat Sabah, baik dasar mahupun program yang akan memastikan kemakmuran dan perpaduan rakyat berbilang kaum negara kita," kata Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Bersatu Sabah Khairul Firdaus Akbar Khan pula menyeru semua ahlinya untuk kekal positif bagi memastikan kesepakatan dapat terus diperkukuh tanpa sebarang unsur negatif.
Bersatu Sabah akan sentiasa menyokong usaha pimpinan tertinggi parti dan berharap semua ahli parti melaksanakan peranan masing-masing, katanya.
Sementara itu, di TERENGGANU, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Dr Azman Ibrahim berkata kerajaan negeri itu berharap Muhyiddin dapat bertindak pantas memperbaiki semula sistem perjalanan negara yang bercelaru sejak akhir-akhir ini.
"Rakyat meletakkan harapan tinggi kepada kerajaan baharu agar dapat 'mengisi kekosongan dan menyelaraskan semula' apa yang dibuat kerajaan terdahulu yang terlalu berat untuk digalas dan berharap kerajaan baharu akan diberi kekuatan untuk membuktikan kemampuan mereka," katanya.
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu Datuk Razali Idris pula berkata mereka sedia bekerjasama dengan Pas dan UMNO bagi menjayakan agenda pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat.
Di KEDAH, Pesuruhjaya Pas negeri Ahmad Yahaya berkata dalam tempoh lapan hari lepas, suasana politik negara sangat sengit dan mencabar dan berharap dengan pelantikan Muhyiddin itu dapat meredakan keadaan.
Beliau berkata kesejahteraan rakyat dan negara perlu diutamakan.
Di PERLIS, Setiausaha Barisan Nasional (BN) Perlis Azizan Sulaiman meminta semua pihak agar tidak menganggu tugas Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan sebaliknya harus memberi sepenuh sokongan dan kerjasama demi kepentingan rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri itu berkata sepatutnya tidak perlu ada sesiapa yang memprotes kerana pelantikan Muhyiddin mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 01 2020
ONGKILI: PBS kekal mesra kepada kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri. - Astro AWANI
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Pemerintah bimbang berdepan undi tak percaya - Ketua Pembangkang
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim beranggapan bahawa kerajaan sekarang tidak mungkin mampu bertahan sehingga pilihan raya seterusnya.
Faizal Azumu MB Perak ke-13, terajui pentadbiran Perikatan Nasional
Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan diadakan jam 3 petang ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Esok angkat sumpah, tapi siapa Menteri Besar Perak?
Ia selepas Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima menghadap beberapa pemimpin politik Perak di Istana Kinta pada Khamis.
Tidak kecewa, ikrar jadi pembangkang bantu Kerajaan - Asmuni
Bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Harapan (PH) tidak sesekali berasa kecewa atas peralihan kerajaan yang berlaku.
KPDNHEP akan kaji semula Program Subsidi Petrol - Nanta
Beliau berkata beliau akan menyemak semula pelaksanaan itu bersama pegawai-pegawai di kementerian itu.
Walaupun bersama PH dan sokong Tun Mahathir, Baru Bian tetap dipecat
Baru Bian antara 27 ahli PKR yang dibuang atau keluar parti selepas pengkhianatan terhadap Kerajaan Pakatan Harapan.
Azmin Ali pengerusikan Kabinet jika PM tiada
Jelas Perdana Menteri lagi, sekiranya beliau tidak ada, Kabinet akan dipengerusikan yang pertamanya oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Polis kawal demonstrasi di Pusat Khidmat ADUN Tronoh
Satu pihak merupakan penyokong ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, sementara satu lagi kumpulan yang membantah tindakan Yong keluar parti dan menjadi ADUN Bebas baru-baru ini.
Rancang jatuhkan Faizal Azumu satu tohmahan, tidak berasas - DAP Perak
Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh berkata tindakan itu merupakan satu percubaan melulu untuk menjustifikasikan tindakan keluar parti oleh kedua-dua mereka.
Nasib Mukhriz ibarat telur di hujung tanduk - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa nasib anaknya yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz kini diibaratkan seperti telur di hujung tanduk