Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini memaklumkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengedarkan surat kononnya daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meraih bantuan dan memberi kesetiaan kepada beliau dalam Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang.

“Surat palsu yang diedarkan itu menggunakan kertas rasmi Kerajaan dan ditandatangani sendiri oleh YAB Perdana Menteri telah dikirimkan kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif organisasi swasta dan syarikat kepunyaan Kerajaan,” kata Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Iskandar Mohd Kaus menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, PM Najib tidak pernah mengeluarkan sebarang surat seperti itu:

“Ini merupakan usaha pihak tertentu yang cuba memperlekehkan kedudukan YAB Perdana Menteri bagi kepentingan politik mereka.”

Susulan itu Pejabat Perdana Menteri akan membuat laporan polis berhubung penyebaran surat palsu ini.