Malaysia boleh mempunyai pentadbiran politik liberal yang lebih baik sekiranya konotasi negatif yang dikaitkan dengan istilah liberalisme dapat ditangani.

Ahli-ahli panel dari forum awam bertajuk, "Parti Liberal: Adakah Malaysia Bersedia?" yang diadakan baru-baru ini bersetuju bahawa terdapat banyak kesalahfahaman dan tafsiran dalam kalangan masyarakat tentang konsep liberalisme di Malaysia.

"Saya agak terkejut apabila mendapat tahu perkataan 'liberal' adalah satu istilah kontroversi di Malaysia", kata presiden Liberal International Dr. Juli Minoves.

Ramai salah anggap bahawa liberalisme bererti seseorang itu terpesong dari ajaran, prinsip dan nilai agama seseorang, tambah Minoves.

Malah, beliau berkata seseorang itu masih boleh memegang teguh kepada kepercayaan agama masing-masing walaupun mempraktikkan konsep tadbir urus liberal.

Malaysia dibentuk berdasarkan premis liberalisme yang dipersetujui pada zaman nenek moyang kita.

Pemahaman istilah liberalisme
Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan berkata, bahawa liberalisme bukan konsep asing tetapi sesuatu yang telah dilupakan.

Ditanya mengenai cabaran dan pendekatan yang boleh diambil untuk menangani salah faham ini, Wan Saiful berkata batu penghalang bagi mereka yang bekerja di bawah rangka kerja liberalisme adalah salah tafsiran istilah itu.

Utusan memaparkan manifesto
Kerajaan yang dipimpin oleh UMNO pernah menggesa masyarakat liberal diwujudkan di negara ini seperti artikel yang pernah diterbitkan oleh Utusan Malaysia - IDEAS Facebook

Bekas ketua pegawai eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tanggungjawab untuk membetulkan pemahaman terletak pada mereka yang bekerja di bawah kerangka liberalisme.

"Istilah liberalisme di negara ini dilihat bawah lensa yang buruk dan perkara ini amat malang. Tetapi jika istilah itu disinonimkan dengan ‘reasoning’ (hujahan) dan toleransi maka keadaan akan menjadi berbeza.

"Dalam kalangan orang Islam terutamanya terdapat pemahaman tersirat bahawa liberalisme bermaksud melanggar prinsip-prinsip Islam.

"Selagi konotasi negatif ini dikaitkan dengan liberalisme , maka selagi itu sukar untuk melihat perkembangan pada akhir hari," katanya.