Pemimpin pembangkang dalam kalangan Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Gerakan Harapan Baharu (GHB) akan mencadangkan kepada parti masing-masing untuk memperhalusi cadangan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam satu kenyataan bersama, mereka turut menyeru ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) "yang sayangkan negara" untuk menyokong pembentukan sebuah kerajaan peralihan.
Kata mereka, kerajaan peralihan itu boleh ditubuhkan dalam masa yang terdekat sekiranya ahli-ahli parlimen BN menyokong usul tidak percaya itu.
"Usul ini boleh dibuat di luar sidang Parlimen atau semasa sidang Parlimen akan datang," kata mereka dalam kenyataan itu.
BACA: Zahid jadi TPM, ganti Muhyiddin
Kenyataan itu dikeluarkan oleh tiga pemimpin DAP iaitu Tony Pua, Liew Chin Tong dan Teresa Kok bersama empat pemimpin PKR iaitu Rafizi Ramli, Datuk Saifuddin Nasution, Sim Tze Tzin dan Wong Chen.
Mereka disertai oleh 10 pemimpin PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru -- sebuah gerakan politik baharu yang dibentuk selepas pemilihan parti itu baru-baru ini yang menyaksikan penyingkiran golongan progresif dan profesional dalam parti Islam itu daripada jawatan tertinggi parti.
BACA: Penggantian Muhyiddin adalah satu keputusan sukar - Najib
Sepuluh pemimpin itu yang sehingga hari ini masih ahli PAS itu termasuk antaranya bekas Timbalan Presiden parti, Mohamad Sabu, Dr. Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad, Dr. Hatta Ramli, Kamarudin Jaffar, Drr. Siti Mariah Mahmud dan Hanipa Maidin.
"Kami yakin rakyat mahu melihat satu kepimpinan yang tegas daripada parti-parti pembangkang agar kemelut ketidaktentuan akibat pergolakan dalaman UMNO dan tuduhan rasuah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak ini dapat dihentikan serta-merta untuk mengembalikan urusan pentadbiran negara yang mengutamakan kebajikan rakyat," kata kenyataan itu lagi.
Sejumlah 17 pemimpin pembangkang itu menggariskan empat perkara yang harus jadi terma rujukan kerajaan peralihan yang mereka cadangkan termasuk melantik seorang Perdana Menteri sementara sehingga pilihan raya baru diadakan serta penyelesaian isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib hari ini mengumumkan rombakan kabinet besar-besar yang menyaksikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan. Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut dikekalkan sebagai Menteri Dalam Negeri.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dalam satu kenyataan berasingan sebelum itu mengumumkan penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara. Beliau digantikan oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Gani sebelum ini menganggotai Pasukan Petugas Khas -- bersama-sama Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM) -- menyiasat dakwaan pemindahan wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri.
Astro Awani
Tue Jul 28 2015
Najib hari ini mengumumkan rombakan kabinet besar-besar yang menyaksikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumi
Jenazah disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan diimamkan Imam Besar Nor Azamir Alias yang disertai lebih 500 jemaah.
PM Ismail Sabri beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa
Ahli Parlimen Bera itu turut meluangkan masa kira-kira 20 minit menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Jenazah Ali Hamsa dijangka tiba 6.30 pagi Isnin
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya.
Penghormatan terakhir bagi Ali Hamsa pada Isnin
Penghormatan terakhir diadakan di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dari 8 hingga 9.45 pagi.
Ali seorang mentor, pendengar yang baik - Mohammad
KSU K-KOMM, Mohammad Mentek rakam penghargaan di atas budi dan jasa Allahyarham Ali Hamsa kepada penjawat awam.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Ali Hamsa
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
Bekas KSN Ali Hamsa meninggal dunia
Allahyarham yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1958 memegang jawatan tersebut dari tahun 2012 hingga 2018.
Mesyuarat tidak akan berlaku jika tiada mesyuarat awal dengan Najib - Ali Hamsa
Sebelum ini, Ali memberi keterangan bahawa semasa mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan beliau, terdapat empat isu dipersetujui untuk dipadamkan daripada laporan.
Kes Laporan Audit 1MDB: Rakaman audio 2 jam 40 minit mesyuarat di Putrajaya didedah
Rakaman berkenaan antara lain dikaitkan dengan keputusan yang dibuat untuk menghapuskan empat isu daripada laporan audit 1MDB.
Ali Hamsa dakwa Najib tidak puas hati laporan audit 1MDB
Bekas Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa berkata perkara itu dimaklumkan oleh Najib ketika beliau (Ali) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri pada 22 Feb 2016.