Corak pemikiran pengundi muda yang kompetitif menjadi pembakar semangat Pemuda UMNO untuk terus mendekati, memahami dan membantu mengatasi permasalahan mereka, kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata sebab itu manifesto Pemuda UMNO bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan dilancarkan pada 10 April ini memberi penekanan terhadap keperluan golongan muda termasuk soal perumahan dan peluang perkerjaan.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Pemuda UMNO selama ini mengambil pelbagai pendekatan dalam menggempur dan menawan hati golongan muda termasuk mendekati dan memahami permasalahan yang dihadapi mereka.
"Pengundi muda ni sangat kompetitif... saya akui pengundi muda ini bukan semua yang sokong BN (Barisan Nasional) dan bukan semua yang sokong pakatan (pembangkang). Sebab itu kami kena kerja kuat.., jangan alpa dan jangan ambil mudah (keperluan orang muda)," katanya.
Khairy yang juga pengerusi Pemuda BN berkata demikian kepada pemberita selapas Pelancaran Briged Gempur 2314 Pemuda BN Terengganu yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Terengganu Mohd Johari Abu Bakar.
Katanya beliau akan turun padang ke seluruh negara untuk mendapatkan sokongan golongan muda terhadap BN bagi memastikan kemenangan terus berpihak kepada parti komponen itu pada PRU14.
Dalam usaha menjejak orang muda, Khairy berkata jentera Pemuda dengan kerjasama Wanita dan Puteri UMNO telah bergerak ke masjid, rumah ke rumah dan kedai kopi.
Katanya mengikut rekod, di Terengganu daripada 669,546 pemilih, seramai 196,535 pemilih terdiri daripada lelaki Melayu muda dan sehingga kini Pemuda UMNO Terengganu telah berjaya menjejak seramai 74,179 pengundi 'putih'.
"Dalam manifesto yang akan kita umumkan nanti... kita akan pastikan kita akan bina perumahan transit di Kuala Terengganu, di kawasan bandar besar dan pinggiran bandar untuk beri keselesaan pada orang muda.
"Ia berbeza dengan (manifesto) pembangkang yang memberi isu yang tidak relevan... isu yang basi. Kita (manifesto Pemuda UMNO) memberi harapan lima tahun akan datang, harapan mereka (orang muda) 30 tahun akan datang (Transformasi Nasional 2050)," tegasnya yang turut menyatakan manifesto yang bakal dibentang adalah 'hebat'.
Sementara itu, Ahmad Razif yang juga pengerusi BN Terengganu berkata berikutan hampir 50 peratus pemilih berdaftar di Terengganu adalah golongan muda, BN negeri turut mencadangkan calon orang muda kepada pucuk pimpinan untuk dipilih bertanding pada PRU14. -- Bernama
Bernama
Sat Mar 31 2018
Khairy dan Ahmad Razif bergambar bersama Pemuda BN selepas Pelancaran Briged Gempur 2314 Pemuda BN Terengganu di Dataran Shahbandar hari ini. - BERNAMA
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.
Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu
Keputusan sama ada penggunaan ganja dalam perubatan diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
COVID-19: Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan, KJ dan Kian Ming saran lima langkah
Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan iaitu 29,129 kes pada 11 Disember 2023, satu trend yang turut disaksikan di peringkat serantau dan global.