Pemilihan sayap Bersatu untuk Armada dan Srikandi hujung minggu ini, merupakan satu platform bagi "ahli keluarga" untuk menentukan barisan kepimpinan baharu dengan matlamat untuk memperkasa parti.
Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata beliau sendiri terbuka untuk menerima cabaran pertandingan malah bersyukur kerana proses kempen pemilihan berjalan secara sihat selepas tertangguh sebelum ini.
"Sejak dari awal, saya menerima pertandingan di peringkat Ketua Srikandi Bersatu Malaysia ini dengan hati terbuka.
"Pemilihan kali pertama dalam parti telah lama tertangguh, atas sebab itu saya sebenarnya bersyukur kerana akhirnya kita dapat menyempurnakan tanggungjawab yang termaktub dalam perlembagaan parti," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.
Pada pemilihan tersebut, Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu akan dicabar Ketua Bersatu Bahagian Kepala Batas, Azlina Mehtab Mohd Ishak; Timbalan Ketua Penerangan Srikandi, Datin Iza Ismail dan Ketua Srikandi Kuala Langat, Zuhuraina Makmur.
Mengulas lanjut mengenai pertandingan empat penjuru itu, Rina yang merupakan Ketua Srikandi Sepang berkata sikap hormat-menghormati sesama calon dan jentera antara asas penting dalam memastikan kempen pemilihan dan pertandingan itu berjalan secara lancar dan tertib.
"Saya telah menjelajah bertemu para pimpinan dan ahli Srikandi di akar umbi untuk mengemukakan hasrat dan menerangkan hala tuju serta matlamat yang saya gariskan.
"Respons yang diterima adalah amat positif. Saya yakin mereka memilih untuk memastikan kesinambungan itu penting dalam konteks melaksanakan segala gerak kerja Srikandi pada kadar segera demi memperkukuh bagi menghadapi pilihan raya.
"Selaku calon Ketua Srikandi, saya telah menggariskan lima teras Agenda Bertindak 2.0 iaitu Pemerkasaan Parti untuk penambahan ahli, program Gerakan Prihatin untuk kepentingan rakyat, program Jaringan Masyarakat bersama badan-badan kerajaan, program Wanita Progresif untuk peluang kerja dan penubuhan platform Wanita Muda. Dengan ini, kita serahkan kepada kebijaksanaan para ahli dalam menunaikan hak mereka," tegasnya.
Rina percaya, ahli Srikandi akan bersama-sama memainkan peranan dalam memperkasa sayap parti di fasa baharu dengan terbentuknya barisan kepimpinan yang mendapat mandat ahli melalui proses pemilihan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 13 2020
RINA: Pemilihan kali pertama dalam parti telah lama tertangguh, atas sebab itu saya sebenarnya bersyukur kerana akhirnya kita dapat menyempurnakan tanggungjawab yang termaktub dalam perlembagaan parti. - Gambar fail
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Syed Saddiq sahkan tidak sertai parti Pejuang
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan tidak akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri itu.
Dr Mahathir dakwa kerajaan guna SPRM beri tekanan kepada pembangkang
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digunakan kerajaan untuk memberi tekanan kepada pihak pembangkang.
Kalau itu duit haram, kenapa saya perlu buat laporan polis? - Syed Saddiq
Syed Saddiq sudah arahkan pegawainya buat laporan polis berhubung fitnah ambil duit parti, serta dikaitkan dengan seorang wanita.
Armada Bersatu tolak gabungan bersama UMNO secara 'en-bloc' - Syed Saddiq
Armada Bersatu Malaysia mengambil pendirian untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kekal menjadi Perdana Menteri.
'Saya tidak mahu ada konfrontasi' - Syed Saddiq buka mulut isu panjat pagar
Kata Syed Saddiq, jelas sekali dirinya tidak mahu ada apa-apa konfrontasi kerana ia boleh membawa kepada serangan fizikal.
Syed Saddiq sedia dicabar pada pemilihan Bersatu
Syed Saddiq secara terbuka berkata, beliau sedia dicabar dalam jawatan berkenaan pada pemilihan jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pentingnya penyatuan, pendidikan untuk dunia Islam - Syed Saddiq
Tanpa satu suara yang kuat, sukar untuk langkah seterusnya diambil, apatah lagi melaksanakan gerak kerja yang sistematik dan efektif.
Kalah di Tanjung Piai, Semenyih kerana tiada 'pekerja' - Tun Mahathir
Perdana Menteri gesa kikis sikap mementingkan diri sebaliknya memahami bahawa perjuangan parti adalah asas kepada kejayaan.
Syed Saddiq tidak 'serik', kembali 'merempit' di malam Tahun Baharu 2019
Kecederaan yang dialami oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana kemalangan motosikal tidak menghalang beliau untuk kembali merempit di ibu kota.
Senarai penuh Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan
Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan diketuai oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.